Famili

Aafiyah Dipuji Pandai Kerana Hafal Bacaan Hadis & Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris

33
SHARES

Umum mengetahui, penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikurniakan dua cahaya mata. Terbaharu, Siti Affiyah menerima pujian daripada warganet kerana kepandaiannya.

Siti Aafiyah merupakan puteri sulung kepada Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid. Mereka dikurniakan cahaya mata selepas 11 tahun penantian.

Baca juga: TikToker Ini Buat Mukbang Makan Lauk Kampung, Tapi Ada 1 Video Mengundang Air Mata…

SITI AAFIYAH ANAK SITI NURHALIZA DIPUJI, HAFAL BACA HADIS

SITI AAFIYAH

Menerusi video itu, dapat dilihat Siti Aafiyah berada di sebuah majlis dan memakai jubah panjang berwarna hijau. Sebelum memulakan persembahan, si comel itu memperkenalkan dirinya terlebih dahulu kepada penonton di dalam dewan tersebut.

“Assalamualaikum, saya Siti Aafiyah Binti Khalid. Im six years old and today im present the hadis,” ujarnya dalam Bahasa Inggeris.

Aafiyah membaca sepotong hadis di dalam Bahasa Arab dan terjemahan kepada hadis tersebut dibaca dalam Bahasa Inggeris.

Video berdurasi kurang seminit itu sudah pastinya dibanjiri dengan komen positif daripada pengguna media sosial. Rata-rata memuji kepintaran dan keberanian Aafiyah untuk membaca hadis tersebut.

Pengguna TikTok turut memuji didikan Siti dan suaminya dalam membesarkan kedua-dua cahaya mata mereka.

“Alhamdulillah. Baru umur 6 tahun tapi bijak dan pandainya Aafiyah. Cara didikan Tokti dan Datuk K memang terbaik.

“Semoga menjadi anak yang solehah dan dipermudahkan segala urusan di dunia serta akhirat,” tulis mereka di ruangan komen.

Untuk rekod, Siti Nurhaliza berkahwin dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Baca juga: Terlalu Banyak Hiburan Melalaikan, Ibu Ayah KENA Lindung Anak Dengan Perisai Agama…

Sumber: TikTok Siti Zoner

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×