Famili

TikToker Ini Buat Mukbang Makan Lauk Kampung, Tapi Ada 1 Video Mengundang Air Mata…

18
SHARES
MUKBANG

Sebut sahaja mukbang, pasti dalam fikiran anda terbayang makanan segera, makanan laut dan hidangan yang istimewa atau sedikit mahal.

Walau bagaimanapun, berbeza dengan seorang TikToker dari Indonesia ini apabila dia melakukan mukbang hanya dengan lauk kampung sahaja.

Baca juga: Fatin Afeefa Hantar Anak Sulung Masuk Tahfiz, Tak Dapat Tahan Sebak Dengar Bacaan Lafaz Janji

TIKTOKER INI BUAT MUKBANG MAKAN LAUK KAMPUNG

MUKBANG

Akaun milik Angik_Maem memiliki sejuta pengikut di TikTok dan rata-rata video yang dimuat naik mendapat tontonan sehingga 2 juta.

Video terbaharu yang dimuat naik oleh Angik menerima hampir 200 ribu tontonan di mana dia melakukan mukbang makan sayur masak bening, kacang panjang dan sambal.

Walaupun mukbang tersebut hanya lauk kampung namun warganet dari Indonesia dan Malaysia rata-rata menyukai video tersebut.

“Suka sangat tengok video mukbang dia. Semoga sentiasa sihat dan ceria. Syukur selalu dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT,” komen pengguna media sosial.

Perkongsian video Angik kadangkala turut menerima kecaman daripada warganet dan kata-kata negatif kerana mukbang menggunakan lauk kampung.

Mereka menyatakan bahawa lauk kampung tersebut tidak sesuai untuk dijadikan konten mukbang kerana terlalu biasa dan tiada keistimewaan.

Menjengah ke ruangan video yang lain, makanan mukbang lauk kampung itu dimasak di rumahnya dengan menggunakan dapur kayu sahaja.

“Walaupun lauk kampung dan guna dapur macam ini, tetap makanan ini nombor satu dalam senarai. Paling sedap,” komen di TikTok.

*Semoga Angik Maem kekal bersemangat untuk melakukan mukbang. Jangan putus asa ya!

Baca juga: Terlalu Banyak Hiburan Melalaikan, Ibu Ayah KENA Lindung Anak Dengan Perisai Agama…

Sumber: TikTok Angik Maem

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×