Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, dia ada memberi beberapa contoh maksiat yang anak masa kini semakin terjebak kerana peredaran zaman.
Jelasnya, anak-anak bergelumang dalam dunia ‘gelap’ ini apabila pendedahan gajet yang terlalu awal dan tidak sesuai kerana boleh mendatangkan kesan negatif.
Baca juga: Ibu Dedah Pengasuh Suka Bagi Anak 2 Bulan Tengok TV, Buntu Cara Nak Tegur Takut Terasa!
CONTOH MAKSIAT YANG MAKIN MENJADI-JADI, IBU AYAH BERSEDIA
Ibu bapa zaman sekarang perlu lebih berwaspada kerana dunia ini sudah terlalu banyak hiburan, sehinggakan maksiat juga sudah menjadi halal dalam kalangan manusia kini.
Melalui apa anak-anak boleh belajar perkara ini? Semuanya bermula dari gajet. Ramai anak-anak seawal beberapa bulan lahir sudah mula terlibat dengan gajet.
Bagi anak-anak kecil, pendedahan berlebihan ke atas gajet boleh menyebabkan kerosakan kepada otak dan mata anak-anak.
Ada juga pakar mengatakan antara punca anak mempunyai masalah pembelajaran adalah kerana gajet yang berlebihan. Malah anak-anak yang sudah terbiasa diberi gajet agak agresif apabila tidak diberi gajet kepada mereka.
Ibu bapa, umi abi, mama papa, mak ayah dan walid di luar sana,
Anak-anak ini selagi masih berada di bawah bumbung kita, hendaklah sentiasa jaga dan awasi. Mereka perlu bimbingan atas apa yang baik dan buruk. Siapa lagi yang mampu lakukannya kalau bukan ibu bapa.
Nak harapkan guru? Jangan, guru hanya mendidik di sekolah tetapi di rumah, ibu bapa yang perlu menjaga anak masing-masing.
Semua kena main peranan. Jangan lepas tangan atas alasan penat bekerja. Semua orang penat. Sebagai ibub apa, bukan sahaja perlu mengawal penggunaan gajet untuk anak-anak, tetapi juga kena banyak ilmu agama bagi menepis segala hiburan yang ada.
Ibu bapa yang banyak ilmunya akan mampu menjadi benteng untuk segala jenis hiburan dan maksiat pada masa kini.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua!
Baca juga: 23 Cadangan Soalan KENA Tanya Kepada Pengasuh Anak Sebelum Bersetuju, Barulah Hati Lebih Lega
Sumber: Facebook Imanimex