Sihat

Kulit Wajah Makin Cantik & Anjal Bila Makan Jagung Muda, Rugi Siapa Yang Belum Tahu!

17
SHARES
PUTIK JAGUNG

Putik jagung atau dikenali juga sebagai baby corn merupakan antaran sayuran yang sering digunakan dalam pelbagai hidangan. Buat anda yang tidak tahu, sayuran ini kaya dengan nutrisi penting seperti serat, vitamin, dan mineral untuk kesihatan diri.

Antara manfaat makan jagung muda untuk kesihatan diri adalah boleh membantu meningkatkan sistem pencernaan. Nak tahu dengan lebih lanjut? Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Bila Isteri Hari Pertama Haid, Jangan Buat Lawak! Sekali Sekala Cuba Bancuhkan Teh Panas

MANFAAT MAKAN PUTIK JAGUNG MUDA UNTUK KESIHATAN DIRI

PUTIK JAGUNG

1. Tingkatkan peredaran oksigen dalam badan

Putik jagung atau baby corn boleh membantu meningkatkan peredaran oksigen dalam badan kerana ia mengandungi zat best. Keperluan oksigen sangat diperlukan kerana ia boleh membawa kepada maut dan menyebabkan kerosakan pada bahagian otak.

2. Mudahkan proses penghadaman & peredaran darah

Manfaat jagung muda yang selanjutnya adalah mampu membantu proses penghadaman dan mencegah sembelit kerana kandungan vitamin B yang tinggi.

Pengambilan jagung muda yang mencukupi sudah tentu mampu menjadikan proses penghadaman lebih lancar dan meningkatkan metabolisme badan.

Jagung muda juga dapat membantu peredaran darah kerana andungan kalium yang tinggi iaitu 17 mg.

3. Manfaat jagung muda – cegah bayi lahir cacat

Manfaat putik jagung yang tidak disangka-sangka adalah mampu membantu mencegah kelahiran bayi cacat. Kandungan asid folik yang tinggi dapat membantu bayi membesar dengan lebih sihat di dalam kandungan.

Jika diambil secara berkala dari trimester pertama hingga akhir, sudah tentu dapat mengelakkan potensi bayi yang dilahirkan cacat.

4. Kurang risiko alzheimer

Alzheimer adalah salah satu penyebab demensia yang paling biasa di mana ia berkaitan dengan masalah ingatan, pemikiran dan tingkah laku.

Menurut satu kajian yang dilakukan, risiko alzheimer dapat dikurangkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan makan jagung muda kerana mengandungi folat yang tinggi.

5. Manfaat jagung muda – tingkatkan sistem imunisasi badan

Manfaat jagung muda yang kelima adalah membantu meningkatkan sistem imunisasi badan agar kekal sihat dan bertenaga. Pengambilan jagung muda dengan kerap dapat memastikan sistem imun badan lebih stabil kerana kandungan vitamin A, C dan zat besi yang tinggi.

6. Kulit wajah lebih cerah

Manfaat jagung muda atau putik jagung yang terakhir sekali adalah mampu membantu mencerahkan kulit wajah. Impian setiap wanita sudah pastinya ingin mendapatkan kulit muka yang bersih dan sihat.

Memang tidak disangka-sangka rupanya pelbagai manfaat jagung muda untuk kesihatan diri. Sedap pun sedap!

Baca juga: BAHAYA Pijak Batu Refleksologi Di Taman Kalau Tak Tahu Cara, Jangan Tersilap Langkah!

Sumber: Pop Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×