Sihat

BAHAYA Pijak Batu Refleksologi Di Taman Kalau Tak Tahu Cara, Jangan Tersilap Langkah!

13
SHARES
BATU REFLEKSOLOGI

Menerusi perkongsian di laman TikTok yang dikenali sebagai Cikgu Urut, dia ada mendedahkan bahawa batu refleksologi di taman boleh mendatangkan bahaya jika tidak dipijak dengan betul.

Hal ini kerana masih ramai lagi dalam kalangan kita yang belum tahu tentang pengunaan betul batu refloksologi ini. Jika salah langkah, boleh bahayakan kesihatan!

Baca juga: “Bukan 2 Atau 3 Liter Air Sehari Diperlukan…” – Dr Malar Kongsi Cara Betul Kira Jumlah Sebenar

PIJAK BATU REFLEKSOLOGI BOLEH JADI BAHAYA KALAU …..

BATU REFLEKSOLOGI

Jelas pemuda itu, sekiranya ingin memijak batu refleksologi yang ada disediakan di taman, pastikan pijak mengikut urutan iaitu dimulakan dengan batu besar terlebih dahulu.

Setelah anda selesa memijak batu besar tersebut, boleh tukar kepada batu lain sehinggalah batu kecil. Sekiranya anda memijik batu refleksologi dengan cara salah, ia boleh mendatangkan bahaya.

“Bila nak pijak batu refleksologi ini, cari batu yang besar dulu dan rapat-rapat. Bila dah selesa pijak batu besar, baru boleh pergi tukar batu yang sedikit jarak dan kecil.

“Mula-mula memang akan rasa sakit. Bila dah selesai pijak batu tadi, boleh tukar kepada batu kecil dan lebih sakit. Pastikan jalan perlahan-lahan sahaja,” katanya.

Dia juga memberitahu bahawa memijak batu refleksologi dengan berperingkat adalah amat penting terutamanya jika anda mempunyai masalah kencing manis.

“Nak pijak batu refleksologi ini kena berperingkat. Jangan terus pijak batu kecil kerana ia sangat membahayakan terutamanya jika anda mempunyai masalah kencing manis,” jelasnya.

Kelebihan pijak batu

Antara kelebihan memijak batu refleksologi adalah:

  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan keseimbangan badan
  • Merangsang sistem saraf
  • Melegakan tekanan
  • Tidur lebih lena
  • Tingkatkan fleksibiliti kaki
  • Tingkatkan metabolisme badan
  • Kurangkan keletihan

Kesimpulannya, pastikan anda pijak batu refleksologi dengan cara yang betul seperti dikongsikan di atas ini. Jangan sesekali mulakan dengan batu kecil, kerana ia boleh menyebabkan kesihatan terganggu.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat anda semua!

Baca juga: Suka Makan Kari Kuah Banjir Boleh Tingkatkan Risiko Mati Pucuk, Jaga-Jaga!

Sumber: TikTok Cikgu Urut

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×