Pernah tak terfikir berapa liter air sehari diperlukan untuk tubuh badan anda? Sebelum ini, ada yang menyatakan 2 atau 3 liter sehari tetapi menerusi perkongsian Dr Malar di laman TikToknya, itu bukanlah cara yang betul.
Menurut Dr Malar anda perlu mengira menggunakan formula yang diajar menerusi video pendek tersebut untuk mengetahui berapa liter air sehari diperlukan untuk badan.
Baca juga: Suka Makan Kari Kuah Banjir Boleh Tingkatkan Risiko Mati Pucuk, Jaga-Jaga!
BERAPA LITER AIR SEHARI PERLU? DR MALAR KONGSI CARA KIRA
“Sebenarnya, jumlah air yang tubuh anda perlukan setiap hari bukan 2, bukan 3 liter dan bukan 8 gelas sehari. Jumlah air yang anda perlukan adalah seperti pengiraan formula ini,” jelasnya.
Caranya: berat badan (kg) didarabkan dengan 0.03
Seperti contoh: 50kg x 0.03 = 1.5 liter air diperlukan setiap hari untuk tubuh anda.
Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa bukan air sahaja yang diperlukan oleh tubuh badan tetapi mineral juga sangat penting untuk organ dan otot dalam tubuh anda.
“Antara mineral yang selalu rakyat Malaysia terlepas pandang adalah zat besi dan juga zink. Kalau tak cukup zat besi dan zink, boleh menyebabkan anda senang dapat anemia, rambut cepat gugur, kuku menjadi rapuh dan kulit nampak kusam serta tak sihat.
“Saya tak sarankan anda untuk ambil suplemen zink atau zat besi melainkan doktor sendiri yang meminta untuk berbuat sedemikian,” ujarnya.
Tambah Dr Malar lagi, sumber mineral ini boleh anda dapatkan secara semula jadi seperti ayam, daging, telur, sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Mineral kedua yang sering terlepas pandang adalah magnesium di mana sebanyak 300-400mg diperlukan dalam sehari. Makanan yang kaya dengan magnesium adalah dark coklat, peanut butter dan kacang almond.
“Kalau tak cukup magnesium dalam badan, boleh menyebabkan anda sakit urat, sakit badan dan lain-lain,” jelasnya.
Jadi, diharapkan agar anda sentiasa menjaga kesihatan diri dan minum air masak secukupnya.
Baca juga: 70% Wanita Malaysia Kekurangan Vitamin D, Jaga-Jaga Dengan Tanda Ini!
Sumber: TikTok Dr Malar