Menerusi laman berita Daily Star, pakar urologi ada mengeluarkan amaran kepada lelaki yang kerap makan kari atau hidangan pedas sebanyak tiga kali seminggu atau lebih kerap. Hal ini kerana kekerapan tersebut boleh meningkatkan risiko mati pucuk sebanyak tiga kali ganda.
Baca juga: Kenapa Kena Makan Buah Tembikai Yang Ada Biji? Doktor Kongsi ‘Rahsianya’!
KERAP MAKAN KARI BOLEH JADI PUNCA LELAKI MATI PUCUK
Menurut pakar urologi dari Universiti China Selatan itu, kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengambilan makanan pedas secara kerap boleh tingkatkan risiko mati pucak terutamanya kalangan bukan perokok.
“Kajian kami menunjukkan bahawa pengambilan makanan pedas yang kerap boleh meningkatkan risiko disfungsi erektil, terutama di kalangan bukan perokok,” jelasnya.
Dia juga menjelaskan bahawa semakin kerap seseorang lelaki itu makan pedas, semakin tinggi juga risiko untuk anda mengalami mati pucuk.
Menurut Perunding urologi Harley Street, Profesor Raj Persad berkata mereka yang kerap makan kari atau pedas juga lebih cenderung menghidang diabetes.
“Mereka yang makan lebih banyak makan makanan pedas mungkin lebih cenderung untuk menghidap diabetes atau BMI tinggi. Kedua-dua keadaan ini boleh dikaitakan dengan mati pucuk,” katanya.
Rata-rata saintis percaya bahawa rempah pedas dalam diet meningkatkan risiko mati pucuk kerana ia boleh menurunkan kadar testosteron.
Mereka yang makan makanan pedas berempah seperti kari selama tujuh hari seminggu didapati mempunyai 12% kurang hormon testosteron berbanding individu yang tidak memakannya.
Jadi, kurangkan pengambilan kari pedas dalam kehidupan seharian anda. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Tak Sangka Siput Sedut Banyak Manfaatnya Tapi BAHAYA Kalau Salah Cuci
Sumber: Daily Star