Sihat

Kenapa Kena Makan Buah Tembikai Yang Ada Biji? Doktor Kongsi ‘Rahsianya’!

11
SHARES
TEMBIKAI ADA BIJI

Tembikai ada biji biasanya menjadi pilihan terakhir ketika membeli kerana dianggap agak sukar untuk dimakan. Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian Dr Rizal Abu Bakar di laman Facebooknya, dia membongkarkan ‘rahsia’ sebenar mengenai hal ini.

Jelasnya, dia telah melakukan satu eksperimen dengan menggunakan tembikai ada biji dan tiada biji untuk membuat jus. Hasilnya memang sangat mengejutkan!

Baca juga: Tak Sangka Siput Sedut Banyak Manfaatnya Tapi BAHAYA Kalau Salah Cuci

TEMBIKAI ADA BIJI LEBIH SIHAT, BACA PENJELASANNYA

TEMBIKAI ADA BIJI

Dia menjelaskan bahawa kedua-dua jenis tembikai dikisar menjadi jus dan disimpan di dalam botol kaca. Kedua-dua buah dibeli pada hari yang sama.

Kemudian, jus tersebut disimpan di dalam peti sejuk selama 3 hari. Hasil eksperimen mendapati bahawa jus tembikai ada biji tidak membentuk sebarang lapisan.

Manakala, jus tembikai tak ada biji, membentuk 2 lapisan dan perlu digoncang terlebih dahulu sebelum diminum agar sebati semula.

“Kenapa perlu makan buah yang ada biji? Reject yang tak ada biji. Ini ada sedikit eksperimen. Kedua botol tersebut mengandungi air jus tembikai. Keduanya dibeli pada hari yang sama. Dikisar pada hari yang sama juga.

Kedua-dua jus tersebut disimpan dalam peti sejuk untuk 3 hari. Apa berlaku? Selepas 3 hari jus tembikai sebelah kiri dari tembikai seedless membentuk 2 lapisan. Kalau nak minum kena goncang. Baru sebati semula,” jelasnya.

Jus sebelah kanan adalah dari tembikai biji dan terbukti bahawa keaslian jus itu masih ada. Ini beza antara tembikai tak ada biji yang GMO dan tembikai berbiji yang non GMO.

Jadi bila nak beli, pandai pandailah buat pilihan. Buah buahan fitrahnya kena ada biji. Biji itu untuk kelangsungan hidup spesis tersebut. Kalau tak ada biji nak dibiakkan bagaimana?

Baca juga: 70% Wanita Malaysia Kekurangan Vitamin D, Jaga-Jaga Dengan Tanda Ini!

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×