Sebagai umat Islam, ambil tahu mengenai cara pengurusan jenazah adalah sangat penting kerana anda boleh menguruskan insan tersayang jika tiba masanya.
Tidak perlu gemantar dan takut jika berhadapan dengan jenazah terutama sekali ahli keluarga kerana itu kali terakhir anda bakal melihat mereka.
Baca juga: Ustaz Wadi Anuar Kongsi 12 Waktu Mustajab Berdoa, ‘Rahsia’ Yang Semua Kena Tahu
PENGURUSAN JENAZAH ISLAM, AMBIL TAHU INI
1. Setelah meninggal dunia
– Tutup matanya
– Lembutkan sendi-sendinya
– Ikat dagunya ke kepala supaya mulutnya tertutup
– Baringkan ke arah kiblat
– Tanggalkan pakaian yang dipakainya
– Tutup keseluruhan tubuhnya dengan kain
2. Sebelum mandi
– Sediakan peralatan mandi jenazah seperti tempt mandi, air mutlak, air daun bidara, kapas, putik kapas, sabun, air mawar, minyak atar, serbuk cendana, kapur barus, sarung tangan, getah paip/ bekas menjirus air.
3. Ketika mandi
– Gunakan kain yang nips untuk menutupi tubuh mayat antara pusat dan lutut.
– Angkat mayat dalam keadaan duduk dengan perlahan-lahan, lemah lembut dan urutkan atau dengan menekan perut mayat beberapa kali untuk mengeluarkan kekotoran.
– Istinjakkan jenazah dengan air mutlak. Basuhkan dubur dan kemaluannya dengan tangan kiri yang berbalut (berlapik). Bersihkan segala najis sebagaimana istinjak orang hidup.
– Basuh seluruh anggotanya dengan sabun termasuklah rambut, belakang badan, jari tangan, ketiak dan pelipat lengan serta hilangkan segala yang terlekat dibadannya seperti pelekat dan sebagainya.
– Bersihkan sisa kotoran di mulut, hidung, telinga dan celah kukunya dengan menggunakan putik kapas yang bersih dan lembut.
– Wudukkan jenazah.
Niatnya: “Sahaja aku mengambil wuduk mayat (lelaki atau perempuan) ini kerana Allah taala”
Mewudukkan mayat hukumnya sunat sementara niat wuduk adalah wajib. Sebaliknya hukum memandikan mayat adalah wajib sementara nit memandikan mayat hukumnya sunat. Ini adalah kerana tujuan memandikan maya adalah untuk membersihkannya sahaja dan tidak disyaratkan niat).
(Bilas dengan air seluruh tubuhnya dan niat memandikan jenazah. Niatnya: “Sahaja aku memandikan mayat (lelaki atau perempuan) ini kerana Allah taala.
Jiruskan air daun bidara kemudian air kapur barus di alasnya.
– Tukarkan kain nipis yang basah sewaktu mandi tadi dan gantikan dengan kain nips yang baru kemudian keringkan air mandi tadi dengan cara mengelap dengan kain lap / tuala yang disediakan supaya tidak membasahi kain kafan.
4. Ketika kafan
– Ukur ketinggian jenazah.
– Potong kain kafan kepada 3 helai bagi lelaki atau 5 helai bagi perempuan dan hamparkan.
– Hamparkan kapas gulung di atasnya dan taburkan serbuk cendana.
– Baringkan jenazah di atasnya dan letakkan kedua tangan jenazah di atas pusatnya seperti qiam solat.
– Tutupkan kemaluan, siku tangan, dada, telinga dan kepala jenazah dengan kapas.
– Tutupkan jenazah dengan kain kafan dengan kemas serta ikat dengan tali kain dengan sempurna. Renjiskan air mawar dan sapukan minyak attar di atasnya.
5. Solat jenazah
– Takbir 1
Angkat takbir “Allahuakbar” dan niat dalam hati “Sahaja aku solat jenazah ke atas mayat (lelaki atau perempuan) ini kerana Allah taala kemudian baca surah al-Fatihah.
– Takbir ke-2
Angkat takbir ke-2 “Allahuakbar” kemudian selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
– Takbir ke-3
Angkat takbir ke-3 “Allahuakbar” kemudian doa ke atas jenazah.
– Takbir ke-4
Angkat takbir ke-4 “Allahuakbar” kemudian beri salam kanan dan kiri.
6. Pengebumian jenazah
– Gali kubur secara melintang ke arah kiblat.
– Baringkan jenazah di atas lambung kanannya menghadap kiblat.
– Tutup liang lahad dengan papan dan kambus semula dengan tanah.
Hidup ini sementara. Kaya mana pun, kain kafan akan jadi pakaian diri. Kuat mana pun, kita tiada daya lagi untuk mengurus diri.
Baca juga: Ambil Wuduk 5 Kali Sehari Boleh Elak Umat Islam Terkena Jangkitan Penyakit Atau Virus
Sumber: Facebook Bahagian Agama & Kaunseling – BAKA JIPS PDRM