Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua di Bandar Baru Bangi mengamuk dan mengugut mahu bunuh diri berjaya dipujuk oleh pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, polis menerima laporan kejadian jam 1.33 tengah hari pada 13 Ogos.
Baca juga: Senarai Lokasi Kamera AwAS Di Lebuhraya Utama & Lampu Isyarat, Jangan Pandu Laju!
PELAJAR TINGKATAN 2 UGUT MAHU BUNUH DIRI
Pelajar tersebut difahamkan berada di pekarangan sekolah sambil memegang pisau, mengugut untuk menggelar tangannya. Dia kemudiannya berjaya dipujuk dan tiada sebarang kecederaan berlaku.
Hasil soal siasat ke atas ibu bapa pelajar tersebut, mereka memaklumkan bahawa anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap atau mengadu masalah di sekolah mahupun di luar.
Semakan dengan pihak sekolah juga mendapati remaja itu tidak mempunyai sebarang masalah disiplin. Pelajar terbabit dibawa ke klinik kesihatan berhampiran untuk ujian saringan kesihatan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengetahui punca dua berkelakuan agresif.
Beliau menasihati agar masyarakat terutama ahli keluarga lebih serius dalam mengawasi kesihatan mental anak masing-masing. Hal ini kerana tindakan awal dapat diambil bagi mengelakkan perkara buruk berlaku di kemudian hari.
Khidmat nasihat dan kaunseling juga boleh didapati melalui Talian Kasih 15999 atau mana-mana kaunselor bertauliah.
Baca juga: Perkhidmatan Bas & Kereta Api Rapid KL Beroperasi 24 Jam Sempena Hari Kebangsaan 2024
Sumber: Berita Harian