Asuh

Bapa Ini Kongsi Petua Lembutkan Hati Anak Yang Nakal Dan Agresif, Buat Waktu Tidur

3
SHARES
TIPS LEMBUTKAN HATI ANAK

Setiap anak sudah tentunya mempunyai ragam tersendiri. Paling penting sekali kena tahu tips lembutkan hati anak supaya mereka tidak terus berdegil dan dengar cakap.

Menerusi perkongsian seorang ayah di laman Facebook, tips yang dikongsikan di bawah difahamkan boleh mengurangkan nakal dan agresif si kecil. Nak tahu macam mana? Baca artikel ini sehingga habis.

Baca juga: Hukum Rotan Anak Rupanya Haram Kalau Sampai Melarat Macam Ini…

AYAH KONGSI TIPS LEMBUTKAN HATI ANAK, INSYAALLAH BERKESAN

TIPS LEMBUTKAN HATI ANAK

Saya nak kongsi dengan semua ibu bapa, petua lembutkan hati anak-anak yang nakal dan agresif. Buat ketika anak sedang tidur.

Letakkan tapak tangan kanan di atas dada anak, sambil baca ayat-ayat berikut:

1. Selawat sebanyak 7 kali

2. Baca surah al-Fatihah 1 kali

3. Baca surah Taha dari ayat 1 hingga 5:

TIPS LEMBUTKAN HATI ANAK

4. Doalah apa yang dihajatkan. Contoh:

“Ya Allah lembutkan hati anak aku, jadikanlah dia, anak yang soleh/solehah dan berguna kepada masyarakat. Berikanlah dia kesihatan yang baik dan lindungilah dia dari segala perkara tidak baik. Aamiin.” 

5. Cium dahi anak sepertimana kita menciumnya ketika dia baru lahir.

Semasa ayat-ayat di atas sedang dibaca, usaplah dengan perlahan-lahan dada anak itu. Pandang wajahnya dengan penuh kasih sayang.

InsyaAllah hanya kepadaNya kita berserah dan semoga semua hajat kita dimakbulkan.

Baca juga: Orang Kata Dapat Anak Perempuan ‘Beban’ Tapi Sebenarnya Ada Kelebihan Menurut Islam

Sumber: Facebook Hafizul Hakim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×