Asuh

15 Perangai Ibu Ayah Yang Anak Cepat Tiru, Jangan Ambil Ringan Yang No 4 Ini!

975
SHARES
PERANGAI IBU BAPA

Perangai ibu bapa memainkan peranan penting kerana risau ia akan menyebabkan si anak akan terikut-ikut. Jadi, jangan sesekali menunjukkan sikap negatif di hadapan anak sekiranya tidak mahu mereka terjebak.

Perkara ini ramai yang terlepas pandang dan membuatnya tanpa sedar. Pastikan 15 perangai seperti perkongsian di bawah sentiasa dititikberatkan.

Baca juga: Ibu Kongsi 5 Tips Didik Anak Jadi Soleh, Dapat 15K Shares!

15 PERANGAI IBU BAPA YANG ANAK AKAN CEPAT TIRU, HATI-HATI

PERANGAI IBU BAPA

15 adab kita yang anak akan cepat tiru.

1. Panggil orang 

Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.

2. Bercakap 

Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.

3. Mengarah 

“Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah.” Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.

4. Sebut tolong 

“Ibu tolong buatkan susu, adik haus.” Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.

5. Ketika makan 

Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.

6. Marah orang 

Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.

7. Hormat orang tua

Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.

8. Sabar 

Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.

9. Mulut laser 

Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.

10. Senyum 

Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.

11. Ucap terima kasih 

Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.

12. Meminta maaf 

Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.

13. Mendengar 

Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.

14. Toleh 

Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.

15. Mengamuk 

Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk dekat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.

Baca juga: Jangan Percaya Bulat-Bulat Senarai Produk Untuk Anak Ini, Semuanya ‘Overclaim’ Je!

Sumber: Facebook Zara Haleena & Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×