Asuh

Jangan Percaya Bulat-Bulat Senarai Produk Untuk Anak Ini, Semuanya ‘Overclaim’ Je!

21
SHARES
PRODUK UNTUK ANAK

Terdapat beberapa produk untuk anak yang dijual di luar tetapi terlampau ‘overclaim’. Hal ini sudah tentunya akan menyebabkan sesetengah ibu bapa terjebak dan membelinya.

Perlu diingatkan bahawa tidak salah sekiranya membeli senarai produk untuk anak di bawah tetapi jangan terlalu percaya dan mengharapkan kesembuhan anak.

Baca juga: Rawat Demam Campak Anak Guna 10 Petua Ini, Bukan Hanya Letak Krim Sahaja

SENARAI PRODUK UNTUK ANAK YANG OVERCLAIM, ELAKKAN

PRODUK UNTUK ANAK

 

1. Supplement 

Kononnya boleh buat anak speech delay boleh bercakap. Kalau adalah ubat ini mesti dapat nobel prize dunia

2. Minyak ajaib 

Katanya boleh buat anak fokus belajar, anak pandai dan genius.

3. Lotion badan untuk tenangkan anak

Harga ratus-ratus, sedangkan bukan lotion yang menenangkan anak tapi sentuhan kita yang menenangkan anak. Urut anak pakai minyak masak pun boleh tenangkan anak, cuba try.

Antara tips yang boleh digunakan adalah seperti di bawah.

Nak anak fokus?

– Banyakkan bawa anak pergi taman, bagi main puas-puas waktu siang dan weekend
– Nanti bila pergi sekolah mesti boleh fokus lama

Nak anak tenang?

– Banyakkan pelukan, sentuhan dan urut anak.
– Beri perhatian
– Pakai lotion apa-apa pun boleh tenangkan anak

Nak anak bijak?

– Beri rangsangan sensori paling penting masa umur 3 tahun ke bawah.
– Selalu bercakap sengan anak, berborak, buka minda anak tentang dunia.

Saya nak tekankan yang setakat ini autism tak ada ubat, cuma boleh kurangkan symptom, severity dan izin Allah sahaja.  Yang kes-kes autism katanya sembuh, kemungkinan bukan autism sebenar.

Hanya ada autism like symptom atau virtual autism (banyak terdedah dengan tv/gadget). Atau kategori mild autism/high functioning autism, boleh masking bila di sekolah dan tempat awam.

Yang memang terbukti dapat bantu perkembangan anak:

  • Sensori stimulation
  • Aktiviti fizikal (pergi taman)
  • Interaksi mak ayah dengan anak
  • Urutan dan sentuhan fizikal
  • Pemakanan seimbang
  • Kurang pendedahan skrin

Tak payahlah keluar duit beratus, buat 6 benda ini insyaAllah anak tenang, fokus, bijak dan genius. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Senarai Rancangan Kartun Yang Ada Unsur Negatif, Elak Anak Tengok!

Sumber: Facebook Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×