Asuh

Rawat Demam Campak Anak Guna 10 Petua Ini, Bukan Hanya Letak Krim Sahaja

22
SHARES
DEMAM CAMPAK BUDAK

Demam campak budak biasa terjadi dan ibu ayah tak perlu panik kerana ada cara merawatnya seperti yang penulis kongsikan di bawah.

Selain menyapu krim yang diberikan oleh doktor, pastikan 10 tips di bawah ini anda ikuti supaya ruam dan biji-biji campak cepat sembuh serta tidak merebak.

Baca juga: Jus Bayam Untuk Tambah Zat Besi Anak, Sedap & Si Kecil Pasti Suka!

DEMAM CAMPAK BUDAK, INI CARA MERAWATNYA

DEMAM CAMPAK BUDAK

Biasanya demam campak akan beransur pulih dengan sendirinya dan mengambil masa lebih kurang 7 hingga 10 hari selepas jangkitan berlaku.

Namun, ada beberapa cara merawatnya yang ibu ayah boleh cuba untuk mencegah virus. Antaranya adalah:

1. Cucuk Vaksin MMR. Ini adalah kombinasi 3 dalam 1 iaitu antigen daripada campak (measles), beguk (mumps) serta rubella disertakan bersama dan diberi sebagai satu suntikan.

Dos pertama boleh diberi apabila anak berumur 9 bulan dan dos kedua diberi apabila mencecah usia 12 bulan.

2. Seterusnya, measles boleh mengakibatkan si kecil demam dan sakit badan. Jadi bagi melegakan masalah itu, boleh beri mereka paracetamol, buprofen atau aspirin.

Aspirin hanya untuk kanak-kanak berusia 16 tahun ke atas sahaja. Jangan beri sekiranya si kecil di bawah usia tersebut.

3. Minum air secukupnya sebanyak 7-8 gelas sehari untuk kekal bertenaga.

4. Berikan makanan berasaskan Vitamin A untuk mengelakkan sebarang komplikasi akibat campak.

5. Pastikan anak rehat secukupnya untuk membantu sistem imunisasi badan.

6. Gunakan humidifier bersesuaian untuk mengurangkan batuk dan sakit tekak. Jika tiada, boleh letakkan semangkuk air yang dicampur dengan satu sudu jus lemon dan dua sudu madu. Letakkan di hujung bilik.

7. Jauhi sebarang jenis asap.

8. Lap badan dengan kain bersih yang hangat atau suam.

9. Asingkan tempat tidur kerana ia boleh berjangkit.

10. Jaga kebersihan diri. Pastikan sentiasa membasuh tangan, tutup mulut ketika bersin, tak kongsi makanan dan minuman.

GEJALA AWAL MEASLES/DEMAM CAMPAK

Beberapa gejala awal campak adalah:

  • Demam
  • Konjunktivitis (sakit, mata merah)
  • Selesema (hidung berair, bersin, berasa letih dan secara amnya tidak sihat)
  • Batuk

Beberapa hari kemudian, biji-biji kecil akan mula muncul. Ia bermula pada muka atau leher dan kemudian merebak ke dada, lengan dan kaki.

Kanak-kanak yang dijangkiti mungkin mula menunjukkan simptom kira-kira 10 hari selepas terdedah kepada virus campak. Demam campak akan kekal berjangkit sehingga 4 hari selepas ruam mereka muncul.

Dapatkan rawatan doktor sekiranya terlalu teruk.

Baca juga: Rugi Kalau Tak Pernah Amalkan Air Rebusan Daun Pandan, Badan Makin Ringan & Sedap!

Sumber: Mayo Clinic & Pregnancy Birth and Baby

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×