Pesanan paling sering kali kita dengar adalah jangan kedekut dengan isteri. Menurut perkongsian Firdaus Mokhtar di laman Facebooknya, perkara ini perlu dielakkan agar sentiasa murah rezeki.
Jangan sesekali meletakkan kedudukan kawan-kawan melebihi daripada keluarga dan isteri. Memang rugi kalau anda pernah buat macam ini.
Baca juga: Jangan Panik Bila Harga Barang Naik, Cuba 10 Cara Urus Kewangan Ini Supaya Tak ‘Kering’
JANGAN KEDEKUT DENGAN ISTERI, NANTI REZEKI ‘BOCOR’
Antara sebab utama gaji sentiasa tidak mencukupi adalah kerana kurang memberi dan bersedekah.
Gaji kita kalau tak berkat, selalu sahaja bocor. Masuknya banyak tapi sentiasa tak cukup. Ada sahaja yang berlubang.
Itulah bocor. Antara sebabnya adalah kita kurang memberi. Kurang bersedekah.
Utamakan keluarga sendiri, ibu bapa, isteri dan anak-anak berbanding perkara lain. Jangan sesekali kedekut dengan mereka tetapi sanggup mengeluarkan duit untuk perkara lain seperti ubah suai kereta.
Memberi yang utama ke keluarga sendiri dulu. Ibu bapa, isteri dan anak-anak. Adik beradik yang kurang berkemampuan. Bila mak kata nak ada nak repair dapur rumah sikit, kita kata tak ada duit. Esoknya elok saja kita modify sound system kereta. Beribu pula tu.
Isteri minta nak beli baju baru, kita kata belum gaji. Sebelum gaji keluar elok pula kita belanja kawan makan steak. Utamakan yang utama, percayalah kita akan dilimpahkan rezeki yang lebih nanti.
CARA BERSEDEKAH SELAIN GUNA DUIT
Sedekah bukan hanya terhad kepada duit sahaja, ini beberapa jenis sedekah yang boleh diberikan:
1. Kongsi ilmu
Berkongsi ilmu dengan sesiapa pun juga dikira sebagai bersedekah. Ini kerana ilmu tersebut akan memberi manfaat dan kebaikan hingga akhir hayat.
2. Beri senyuman
Menghadiahkan senyuman kepada seseorang juga dikira sebagai sedekah kerana ia boleh membawa kebahagiaan dan kesejahteraan.
3. Beri nasihat
Memberi nasihat juga dikira sebagai salah satu jenis sedekah. Nasihat yang baik untuk orang yang memerlukan sangat membawa kepada kebaikan.
4. Hulur bantuan
Selain bantuan kewangan, bantuan tenaga juga dikira sebagai satu sedekah. Meringan beban seseorang yang menghadapi masalah adalah sangat digalakkan.
5. Bersabar
Nampak mudah dan remeh tetapi menunjukkan sikap sabar kepada seseorang sangat besar ertinya.
6. Bersihkan rumah
Membersihkan kawasan rumah dan jalan sering dilupakan oleh orang ramai. Tinggi nilainya jika membantu membersihkan kawasan tersebut walaupun tidak mengeluarkan wang.
7. Memaafkan
Sikap memaafkan kesilapan orang lain juga dikira sebagai bersedekah. Lagi besar kesalahan yang dimaafkan, makin besar nilai sedekah seseorang itu. Jangan sesekali berdendam!
8. Saling mengingatkan
Antara cara bersedekah paling mudah adalah mengingatkan seseorang supaya berada di jalan yang benar dan diredai oleh Allah SWT.
9. Memberi masa
Inilah sedekah yang paling orang lupa untuk melakukan. Memberi masa kepada seseorang yang berada dalam kesusahan merupakan satu bentuk sedekah yang sangat bernilai.
Semoga bermanfaat dan mulakan bersedekah.
Sumber: Facebook Firdaus Mokhtar & Sentiasa Panas
Baca juga: Jangan Bersedih, Setiap Ujian Yang Allah Beri Ada Sebabnya. Memang Beruntung!