Suami Isteri

Ibu GAGAL Dapat Hak Jagaan Anak Lepas Cerai? Ini 5 Sebabnya!

9
SHARES

Seperti mana kita tahu, Islam telah menetapkan bahawa yang paling layak mendapat hak penjagaan anak setelah terbubarnya sebuah perkahwinan adalah ibu kepada anak-anak tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat 5 sebab sahaja yang membolehkan si bapa menjadi lebih kuat untuk membuat tuntutan hak penjagaan anak di mahkamah.

Baca juga: 3 Perkara Yang Isteri Boleh Buat Jika Suami Tak Nak Ceraikan, Wajib Tahu Ini

5 SEBAB IBU GAGAL DAPAT HAK PENJAGAAN ANAK

hak penjagaan anak

1. JIKA IBU KEPADA ANAK-ANAK TERSEBUT BERKAHWIN DENGAN LELAKI LAIN 

Di dalam undang-undang, ada disebut ibu yang telah berkahwin lain dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu.

Dan orang lelaki tersebut juga adalah yang dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu. Tapi, ibu ini boleh dapat semula hak jagaannya kalau perkahwinannya dibubarkan.

2. JIKA IBU ITU BERKELAKUAN BURUK SECARA KETERLALUAN & TERBUKA 

Selalu yang menjadi alasan bagi pihak lelaki adalah alasan ini. Segala macam perkara yang mungkin buruk dimatanya terhadap bekas isterinya itu akan dibangkitkan.

Sepanjang yang saya pernah kendalikan kes, perkara ini adalah perkara yang paling sukar untuk dibuktikan di mahkamah dan jarang sekali mahkamah akan sabitkan jagaan anak diberikan kepada bapa hanya disebabkan ibu melarikan diri dari rumah.

3. JIKA IBU ITU MENUKARKAN TEMPAT MASTAUTIN/MENETAP DENGAN TUJUAN NAK CEGAH SI BAPA TERSEBUT MENUNAIKAN HAKNYA

Ini antara perkara yang sering berlaku, si ibu memang merancang nak melarikan anak, menyembunyikan tempat tinggalnya dan kalau boleh berpindah jauh sehingga menyebabkan kesukaran untuk si bapa berjumpa anak tersebut.

Tetapi, di dalam undang-undang tidak menghalang isteri yang bercerai itu membawa anaknya ke tempat lahirnya. Dalam erti kata lain, tak ada masalah kalau nak bawa anak-anak ke kampung halamannya. Ini selalu berlaku. Tapi, yang paling pening bagi kaum bapa kalau jarak kampung bekas isteri tu sangat jauh.

hak penjagaan anak

4. JIKA SI IBU ITU MURTAD 

Perkara ini adalah rumit dan jarang sekali berlaku. Sejujurnya saya tidak pernah kendali kes seperti ini namun, melalui pembacaan saya kes ini amatlah sukar kerana ia sikit sebanyak akan melibatkan bidangkuasa Mahkamah Sivil untuk pembubaran perkahwinan terlebih dahulu.

5. JIKA SI IBU MENGABAI ATAU ZALIMI ANAK ITU

Perkara sebegini sememangnya mungkin ada namun saya selalu katakan, kalau nak sehingga tahap menzalimi, pembuktian mesti sampai tahap si ibu ini telah ditangkap oleh polis kerana mendera yang sangat teruk dan zalim.

Kalau setakat rotan kerana hendak mengajar mengaji al-Quran atau rotan sebab nak didik anak-anak, alasan yang nak ditimbulkan ini tak munasabah. Namun, apa-apa pun bergantung kepada pembuktian si bapa di mahkamah.

Jadi, 5 perkara ini adalah antara alasan yang boleh ditimbulkan oleh si bapa khususnya kalau nak dapat hak jagaan anak. Namun, apa-apa pun perkara yang paling dititikberatkan dalam kes jagaan anak ini adalah berkaitan dengan siapa yang lebih layak jaga kebajikan anak.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Confirm Tak Cari Lain, Ini 29 Tips Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami

Sumber: Facebook Fahmi Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×