Suami Isteri

Confirm Tak Cari Lain, Ini 29 Tips Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami

33
SHARES
TIPS SUAMI SAYANG ISTERI

Tidak dinafikan, impian setiap wanita pasti ingin menjadi isteri solehah dan disayangi oleh suami namun perkara itu tidaklah semudah yang disangka.

Selain bermanja-manja dan berpegangan tangan di khalayak ramai, ada beberapa tips suami sayang isteri sampai syurga yang kaum hawa boleh lakukan untuk menambat hati mereka.

Baca juga: Tak Salah Nak Bersweet Romantis Suami Isteri, Lagi-Lagi No.10 Itu Jarang Orang Nak Buat!

29 TIPS SUAMI SAYANG ISTERI SAMPAI SYURGA, BAHAGIANYA

TIPS SUAMI SAYANG ISTERI

1. Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas paha.

2. Cuba masak yang paling sedap untuk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.

3. Teman pasangan apabila melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.

4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.

5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.

6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.

7. Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin.

8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.

9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin.

10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.

TIPS SUAMI SAYANG ISTERI

11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita manjakan anak.

12. Beri tindak balas positif apabila mendengar pasangan bercerita.

13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.

14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.

15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.

17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

18. Berkelah bersama pasangan.

19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pengetahuannya).

20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.

TIPS SUAMI SAYANG ISTERI

21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.

22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.

23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.

24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.

25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.

26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.

27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.

28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggan membantu.

29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.

Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT semoga hidup kita bahagia di dunia dah akhirat. Amin…

Baca juga: “Hormatlah Orang Sikit”- Trend Suami Isteri Peluk & Bermanja Depan Orang Perlu Ke Tunjuk?

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×