Suami Isteri

Tak Salah Nak Bersweet Romantis Suami Isteri, Lagi-Lagi No.10 Itu Jarang Orang Nak Buat!

772
SHARES
TIPS KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI

Bergelar pasangan suami isteri bukanlah satu perkara mudah. Pelbagai tanggungjawab perlu dilaksanakan demi memastikan keluarga kekal bahagia dan harmoni.

Selain sabar dan saling memahami antara satu sama lain, ini antara 10 tips kebahagian suami isteri anda kena pupuk supaya rumah tangga tidak bergolak.

Baca juga: Baru Lepas ‘Bersama’ Jangan Terus Tidur, Tapi Cuci Dulu Bahagian Badan Ini. PENTING!

10 TIPS KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI KENA PUPUK

TIPS KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI

1. Makan bersuap. Suap isteri bila makan, asing isi bagi lauk yang bertulang dan ambilkan hidangan yang jauh untuknya. Walaupun nampak kecil tetapi bermakna.

2. Tidur malam dalam dakapan. Isteri nak tidur atas lengan atau atas dada suami. Jadi, bila tidur berpelukan boleh menambah rasa sayang.

3. Selalu mesej ayat-ayat cinta. Tiada bilangan khusus. Cukup nyatakan kerinduan bila berjauhan.

4. Sesekali ke dapur bantu isteri masak atau suruh isteri rehat, biar golongan suami pula yang masak lauk istimewa untuk isteri tercinta.

5. Ajak isteri duduk atas riba atau kita baring atas paha isteri sambil baca buku agama atau kitab.

TIPS KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI

6. Kemas rumah, lipat baju, mop lantai, vacum habuk dan kemas apa yang patut bersama-sama isteri. Jangan biarkan isteri seorang sahaja yang buat semua kerja rumah.

7. Kucupan manja di pipi atau di dahi. Pasti sepanjang hari si isteri akan berseri-seri dan gembira.

8. Peluk dari belakang sama ada ketika isteri sedang masak atau sedang basuh pinggang di sinki. Bisik dekat telinga “Jazakillahukhairan sayangku..”

9. Berkongsi gelas yang sama untuk minum berbuka puasa dan sahur.

10. Selalu mandi bersama. Gosokkan daki, scrubkan badan, cucikan rambut.

Tidak salah selagi ia dilakukan dalam batas-batas yang dibenarkan syarak. Inilah sebahagian usaha untuk jadi suami yang terbaik kepada isteri.

Seperti kata Nabi Muhammad SAW:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى

“Sebaik-baik orang di antara kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap isteriku” (HR. Ibnu Majah)

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Bukan ‘Handsome’ Jadi Ciri Utama, Ini 12 Karakter Suami Mithali Kaum Hawa Kena Pandang!

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×