Suami Isteri

Bukan ‘Handsome’ Jadi Ciri Utama, Ini 12 Karakter Suami Mithali Kaum Hawa Kena Pandang!

30
SHARES
ciri ciri suami mithali

Impian setiap wanita pasti ingin berkahwin dengan seorang lelaki yang mampu memberi kebahagiaan dan membimbing ke jalan syurga. Selain hanya memandang paras rupa, ciri ciri suami mithali juga perlu dititikberatkan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Jadi, untuk kaum hawa di luar sana, kali ini kami kongsikan 12 ciri-ciri suami mithali anda kena tahu. Jangan salah pilih! Merana hidup nanti.

Baca juga: Wahai Suami, Hargailah Isteri Sebelum Terlambat. Ini Caranya…

CIRI CIRI SUAMI MITHALI, BUKAN HANDSOME NOMBOR SATU

ciri ciri suami mithali

1. PANDAI BERKOMUNKASI

Komunikasi adalah asas utama untuk mendapatkan hubungan yang harmoni. Komunikasi dapat membantu mengurangkan stres, mengeratkan hubungan, rasa dihargai dan difahami oleh pasangan. Komunikasi yang bagus  adalah salah satu ciri-ciri lelaki mithali.

2. TIDAK MENIPU

Kepercayaan adalah salah satu kualiti terbaik dalam diri seorang lelaki. Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang boleh dipercayai akan membuatkan anda lebih bahagia.

3. BUAT ANDA TERTAWA

Lelaki yang pandai membuat anda ketawa adalah ciri-ciri suami terbaik kerana boleh mengurangkan pertengkaran dan tekanan.

4. PEMAAF

Suami yang baik akan memaafkan isterinya atas kesilapan yang dilakukan dan tidak menyimpan dendam terhadapnya. Dia tahu bahawa hidup ini penuh dengan kesilapan, tiada siapa yang sempurna, dan setiap orang kadang-kadang melakukan kesilapan.

Selain itu, seorang suami yang baik tidak akan memarahi atau menghukum isteri sehingga bergaduh.

5. MENGHORMATI ISTERI

Ini bermakna suami tidak meletakkan dirinya di atas isteri. Suami perlu memberi keutamaan dan kebahagian kepada isteri serta sentiasa memilih isteri berbanding perkara lain kerana mahukan yang terbaik.

Sentiasa merendah ego dan mengakui salah demi menyelamatkan rumah tangga daripada bergolak.

6. BERTANGGUNGJAWAB

Bukan sahaja bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai suami dan ayah, seorang lelaki juga perlu memastikan mereka sentiasa bertanggungjawab dari segi kewangan.

Suami yang baik ialah seseorang yang boleh menyara keluarga. Ini bermakna dia mempunyai pendapatan tetap dan akaun simpanan dan tidak berbelanja lebih daripada pendapatannya supaya dapat memberi nafkah secukupnya.

ciri ciri suami mithali

7. SENTIASA BERTOLAK ANSUR

Setiap perkahwinan perlu sentiasa bertolak ansur agar kekal bahagia dan harmoni. Sebagai seorang suami, tidak salah untuk bertolak ansur sekiranya itu yang terbaik antara anda dan isteri.

Pendek kata, menjadi suami yang baik perlulah give and take, memahami dan berbincang.

8. TUNJUK KASIH SAYANG KEPADA ISTERI

Suami yang baik akan selalu menyatakan kasih sayangnya kepada isteri. Ini penting kerana ia dapat membantu isteri rasa disayangi dan dihormati.

Ungkapan cinta terhadap pasangan dapat mewujudkan keintiman antara pasangan, mengurangkan konflik dalam perhubungan dan memupuk kepercayaan terhadap pasangan.

9. SETIA

Ini antara ciri-ciri suami mithali yang paling penting iaitu setia.  Suami yang setia tidak akan pernah memandang wanita lain kerana dia tahu bahawa isterinya seorang yang cantik, baik, dan penyayang.

10. MENJADI AYAH YANG BAIK KEPADA ANAK

Suami yang baik adalah teladan yang baik untuk anak-anak. Sentiasa menghormati isteri, tidak menganiaya isteri dan tidak melakukan perkara yang sia-sia.

Sentiasa ada untuk anak-anaknya apabila mereka amat memerlukannya. Ayah yang baik ialah seseorang yang menyayangi anak-anaknya tanpa syarat dan sentiasa ada untuk mereka, walau dalam apa jua keadaan.

11. MENGUTAMAKAN KELUARGA

Sentiasa mementing keluarga berbanding orang lain dan sanggup melakukan apa sahaja demi mengembirkan orang tersayang. Suami yang baik ialah seseorang yang akan mengorbankan segala-galanya untuk membantu keluarga dan sentiasa ada untuk mendengar masalah.

12. SENTIASA MENGAWASI KESELAMATAN ISTERI

Suami yang baik sentiasa memikirkan keselamatan isteri. Tidak akan membiarkan isteri keseorangan sehingga mendatangkan bahaya.

Sekiranya suami keluar bersama rakan, dia akan pastikan bahawa isterinya dalam keadaan selamat dan sentiasa menanya keadaan isteri di rumah. Bukan dibiarkan sahaja isteri terkontang-kanting di rumah.

Itu sahaja perkongsian 12 ciri-ciri suami mithali. Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.

Sumber: Marriage

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×