Suami Isteri

5 Sebab Lelaki ‘Anak Mak’ Adalah Calon Suami Terbaik

100
SHARES

“Ryzal tu memang baiklah. Dia boleh dikatakan ada hampir semua ciri calon suami idaman aku. Cuma satu perkara saja yang aku takut sikit – dia tu manja betul dengan Maknya. Bahaya ke kalau kahwin dengan lelaki ‘anak mak’ ni ya?”

Dalam drama yang kita biasa tengok, selalu berlaku konflik antara isteri dengan ibu mertua – terutamanya apabila lelaki tersebut amat rapat dengan ibunya. Namun, ini semua adalah tanggapan semata-mata.

Cuba lihat daripada sudut pandangan yang berbeza. Ada banyak sebab ‘mama’s boy’ atau ‘anak mak’ ini boleh menjadi calon suami terbaik.

Foto Kredit: uamodna.com

Foto Kredit: uamodna.com

5 Sebab Lelaki ‘Anak Mak’ Adalah Ciri Calon Suami Terbaik

Orang dulu-dulu ada mengatakan, jika anda mahu mengenal ciri calon suami yang baik, lihatlah pada cara dia melayan ibunya. Jika baik, baiklah budi bahasanya.

Kenapa begitu?

1. Dia Seorang ‘Gentleman’

Apa salahnya seorang lelaki menyayangi dan menghormati ibunya yang telah banyak berbakti kepadanya?

Inilah sikap seorang ‘gentleman’ sebenarnya – lemah lembut, baik budi bicara, ringan tulang, dan menghormati seorang wanita yang bergelar ibu. Bukannya seorang yang nampak ‘ganas’, ego, dan seorang yang tidak mahu menolong langsung kerja-kerja di rumah.

Apabila kita menjadi ibu kelak, tentu kita mahu anak-anak kita menghormati dan menyayangi kita juga, bukan? Malah, dalam Islam ada menetapkan bahawa seorang ibu perlu didahulukan oleh seorang anak lelaki selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat.

Foto Kredit: mamari.jp

Foto Kredit: mamari.jp

2. Dia Seorang Yang Sensitif

Lelaki ‘anak mak’ biasanya amat sensitif dan memahami keperluan ibunya – yang juga seorang wanita seperti bakal isterinya.

Mereka peka terhadap perasaan wanita yang sedang bersedih, malah mereka berkebolehan untuk memujuk dan mengendalikan situasi yang sukar.

Selain itu, mereka adalah seorang yang sangat menghargai penat lelah seorang wanita kerana mereka tahu betapa penatnya anda mengendalikan kerja harian dan menguruskan rumah.

Inilah antara ciri calon suami yang ‘mahal’ dan sukar dicari!

Exhausted-parents-penat letih

Foto Kredit: iemo.jp

3. Dia Seorang Yang Romantis!

Seorang calon suami yang rapat dengan ibu biasanya bijak menzahirkan cinta mereka. Mereka rajin beri hadiah dan kreatif merancang temu janji romantis.

Menariknya, ini bukanlah sesuatu yang dibuat-buat.

Anda boleh mempercayai mereka kerana mereka dibesarkan dengan penuh cinta dan kasih sayang daripada seorang ibu. Jadi, mereka tidak takut dan teragak-agak untuk menunjukkannya kepada bakal isteri yang dicintainya.

ciri calon suami

Foto Kredit: kiplinger.com

4. Dia Pandai Memasak

Percayalah, kebanyakan daripada mereka ini selalu menjadi peneman ibu di dapur. Jadi, sedikit sebanyak tentulah mereka pandai memasak.

Malah, ramai chef ternama yang kita kenali hari ini memang mengaitkan hobi mereka dengan hubungan istimewa dengan ibu.

Makan masakan hasil air tangan isteri sendiri (atau suami)

5. Dia Seorang Yang Bertanggungjawab

Dalam kebanyakan situasi, anda boleh mengharapkannya untuk membuat keputusan.

Jiwa mereka yang sensitif dan bersikap melindungi akan sentiasa meletakkan orang yang mereka sayangi sebagai keutamaan – iaitu anda!

Dalam masa yang sama, mereka memahami tanggungjawab mereka sebagai lelaki yang perlu menjadi ketua dalam rumahtangga.

ciri calon suami

Foto Kredit: themuslimvibe.com

Apapun, Kenalah Saling Mempercayai & Menghormati!

Memang seronok jika bakal suami kita mempunyai semua ciri di atas ini. Mana tidaknya, dah tentu diri akan terasa seperti seorang puteri raja!

Namun, kita juga perlu berusaha untuk memastikan rumah tangga aman dan bahagia dengan memainkan peranan masing-masing. Jadi, janganlah menunggu bulan jatuh ke riba saja. Perlu ada kesefahaman dan saling tolak-ansur dalam perhubungan.

Seperkara lagi, jangan bersangka buruk terhadap bakal ibu mertua, ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×