Rumah Tangga

Wahai Mama, Ini 6 Sebab Kenapa Anda Selalu Letih

tips ibu muda

“Aduh… Letihnya sejak ada ‘baby’ ni. Dulu kerja sampai lewat malam pun tak adalah letih sangat. Ni baru seorang anak. Tapi aku tengok kawan-kawan aku relaks je dah ada 3-4 orang anak. Apa punca letih sangat ni sebenarnya?”

Siapa kata jadi ibu tak letih?

Memang letih. Tak kiralah yang ada berapa anak pun. Sama ada bekerja di pejabat, bekerja dari rumah, ataupun seorang surirumah. Semuanya sama letih sebenarnya.

tak cukup tidur

Foto Kredit: viline.tv

Kenapa Letih Sangat Jadi Ibu?

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa punca letih yang menjadikan kita sering tak bermaya, terutamanya lagi apabila masuk jam 8-9 malam.

Dah tak macam dulu-dulu lagi. Tiada lagi ‘late night movies’ dengan suami. Tiada lagi perasaan nak lepak kedai mamak atau berembun macam dulu. Memang tunggu disorong bantal saja, gerenti terus tidur!

Inilah 6 sebabnya:

1. Anda Suka Multi-tasking

Ramai yang selalu buat. Dalam perjalanan nak ke dapur untuk buat makanan bayi, anda akan bawa bakul baju kotor, jerang air, dan cuba sediakan bahan untuk masak makan malam sekali.

Sambil tunggu bubur bayi masak, anda akan basuh pinggan, kutip mainan yang bersepah, dan masak nasi.

Perasan tak berapa banyak kerja yang anda cuba lakukan dalam satu-satu masa? Memang banyak, dan anda mungkin tidak menyedarinya kerana dalam kepala anda misinya cuma ‘masak makanan bayi’.

Sungguhpun perbuatan ini memudahkan anda, namun sebenarnya ia adalah sesuatu yang menambahkan beban dan menghalang anda untuk relaks atau berehat.

punca letih

Foto Kredit: askdrnanny.com

2. Anda Kurang Masa Untuk Diri Sendiri

Kini, anda kurang mempunyai masa untuk bersendiri kerana anda perlu menjaga anak kecil.

Nak ke tandas pun susah, apa lagi nak bersendiri dan menikmati ‘keamanan’ dalam keadaan tenang.

Nak bersendiri sebelum tidur pun susah sebab kita pun dah terlalu mengantuk nak menunggu anak tidur.

Hujung minggu pula bukan alasan untuk berehat kerana kita perlu menguruskan lebih ramai orang yang bercuti.

Walau apa pun alasan anda, ‘me time’ ini sangat penting untuk keperluan badan dan otak seperti yang dinyatakan oleh Psychology Today.

3. Anda Risau

‘Penyakit’ ini memang melanda hampir kesemua insan yang bergelar ibu.

Macam-macam perkara yang dirisaukan. Risau anak tak nak makan, risau anak lambat bercakap, risau suami balik lambat, risau apa orang kata kalau berhenti kerja, risau, risau, dan risau.

Kerisauan ini juga dikaitkan dengan sensitiviti atau deria ke-6 atau ‘sixth sense’ yang dimiliki oleh kebanyakan wanita, terutamanya ibu.

bahaya bayi jatuh katil

Foto Kredit: crosswalk.com

4. Anda Selalu ‘Berjaga’

Dalam tidur pun boleh ‘berjaga’. Senangnya ibu terjaga apabila anak bergerak atau membuat bunyi. Berbanding dengan si suami, bukan main lena. Siap boleh berdengkur lagi?

Sebenarnya, punca letih anda berasal daripada deria yang dipaksa bekerja lebih banyak daripada biasa.

‘Hyper-vigilance’ adalah istilah bagi keadaan di mana seseorang berada dalam mod ‘berjaga’. Ia biasa berlaku apabila anda lebih banyak meluangkan masa dengan anak berbanding pasangan anda, lebih-lebih kalau anda menyusu badan.

Dalam keadaan ini, semua deria anda memainkan peranan yang serba ekstra dalam membesarkan anak kecil yang belum mampu untuk ‘independent’.

5. Anda Pentingkan Kesempurnaan

Salah satu punca letih boleh anda kawal adalah sifat ‘perfectionist’ ini.

Sebagai ibu, kita selalu inginkan yang terbaik untuk anak kita. Jadi, kita akan cuba membuat resipi yang paling sihat, mahu anak berdisiplin, tak boleh tengok rumah bersepah, dan sebagainya.

Cubalah ‘loosen up’ sedikit dan fokuskan keutamaan anda pada perkara yang penting. Selebihnya itu, ala kadar pun tak mengapa.

sikap ibu bapa

Foto Kredit: imujer.com

6. Anda Rasa Tak Dihargai

Berbeza daripada tugas di pejabat, setiap hujung bulan anda akan dibayar gaji dan ada tempoh tertentu anda akan ditawarkan pangkat atau kenaikan gaji.

Sedikit sebanyak ‘cycle’ ini membantu menaikkan kembali motivasi anda untuk meningkatkan lagi mutu kerja anda.

Tetapi, sebagai ibu, ini adalah tugas atau tanggungjawab yang tiada kayu ukurnya. Jadi, mungkin kebanyakan masanya berasa anda tak cukup bagus dan banyak kelemahan kerana anda tidak menerima sebarang laporan tentang prestasi kerja anda.

Tapi, anda perlu menyedari bahawa suami dan anak-anak sangat setiap menghargai pengorbanan anda.

Cuba cakap, isteri mana yang tidak penat?

Cuba cakap, isteri mana yang tidak penat?

Jangan Malu Minta Bantuan

Setiap keadaan di atas boleh menjadi punca letih bagi setiap wanita yang bergelar ibu. Jika tidak ditangani, ia akan membawa kepada tekanan perasaan.

Oleh itu, cuba dapatkan bantuan yang secukupnya daripada suami atau anak yang lebih besar. Yang mana tak penting, letak tepi dulu.

Usahakan juga sedikit masa untuk diri sendiri melakukan sesuatu yang diminati untuk menaikkan motivasi anda.

Dalam keadaan positif, anda akan dapat melihat daripada perspektif berbeza dan masih dapat bergurau senda walaupun letih.

Percayalah, kalau Mama gembira, seisi keluarga turut ceria!

Carian Yang Berkaitan:

  • anak selalu penat
  • jadi ibu letih
  • letih menjaga anak
  • penat menjaga anak
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top