Asuh

Rupanya, Anak Lebih Pintar Jika Dilatih Bermain Sendiri!

2
SHARES
biarkan anak bermain sendiri

“Salahkan jika ibu bapa biarkan anak bermain sendiri? Berapa jamkah sepatutnya ibu bapa meluangkan masa untuk bermain bersama bayi atau anak kecil?”

“Kalau asyik layan anak, bila pula masa nak buat kerja-kerja rumah? Takkan nak tunggu dia tidur pula. Tak menang tangan rasanya!”

Kebanyakan ibu bapa, terutamanya ibu yang baru melahirkan anak pertama akan diselubungi rasa bersalah apabila membiarkan anak mereka bermain sendirian.

Bukan itu sahaja, ramai yang menganggap bahawa ibu bapa mengabaikan anak-anak apabila tidak meluangkan sepenuh masa mereka atau dilihat memegang ‘handphone’ semasa bersama anak.

Kenapa Anak-anak Perlu Digalakkan Bermain Sendiri?

Benar, bayi dan anak kecil amat memerlukan pelukan, belaian, serta kasih sayang daripada kedua orang tuanya.

Namun, ini tidak bermaksud anda perlu bersamanya setiap masa. Sebenarnya, waktu sendirian boleh dimanfaatkan oleh bayi atau anak kecil – walaupun mereka tidak berbuat apa-apa, seperti hanya berbaring dan memandang siling!

Ini kerana ia dapat menggalakkan bayi meneroka mindanya dan memahirkan bayi untuk membawa diri.

“Membiarkan anak-anak bermain sendiri membantu mereka mengembangkan keterampilan yang terkait dengan prestasi akademik,” kata David, seperti ditulis Dailymail, menerusi sebuah laman web kesihatan.

biarkan anak bermain sendiri

Ramai yang salah anggap bahawa anak kecil perlu ‘dilayan’ setiap masa. / Foto Kredit: pleaseandcarrots.com

7 Mitos Ini Sering Buat Ibu Bapa Rasa Bersalah Biarkan Anak Bermain Sendiri

Sebagai ibu bapa, kita tidak dapat lari daripada tanggapan orang ramai tentang cara sebenar mendidik anak. Ini adalah antara mitos yang sering kita dengar daripada mulut orang ramai. Semua adalah salahtanggapan belaka!

1. “Kasihan, Bayi Tidak Pandai Bermain Sendiri”

Menurut Janet Lansbury, seorang penulis dan ahli falsafah keibubapaan, ramai yang menyalahtafsir bahawa bayi bersifat ‘tidak berdaya’ atau ‘helpless‘. Tegasnya, walaupun bayi mempunyai sifat ‘dependent’ atau ‘kebergantungan’, bukanlah bermaksud mereka tidak mampu melakukan apa-apa.

Sebagai ibu bapa, peranan kita adalah menggalakkan anak bermain sendiri dengan memastikan persekitaran mereka selamat. Paling penting, kita harus percaya bahawa bayi anda boleh bermain sendiri.

2. ‘Bermain’ Adalah ‘Melakukan Sesuatu’

Tahukah anda? Pakar kanak-kanak berpendapat bahawa selalunya aktiviti bermain yang paling bermanfaat tidak nampak seperti ‘bermain’ atau menyeronokkan kerana ia melibatkan imaginasi, angan-angan, dan termenung sendirian!

biarkan anak bermain sendiri 2

Jangan diganggu jika anak sedang ‘berfikir’ atau berimaginasi. / Foto Kredit: haikudeck.com

Untuk menggalakkan aktiviti bermain sebegini, kita sebagai ibu bapa perlulah menghargai detik-detik ini, memantau, dan akhir sekali – tidak mengganggu mereka.

Jangan risau anak-anak rasa terabai apabila anda tidak bermain bersama mereka. Ini kerana, anak-anak, (walaupun bayi) pandai menyuarakan hasrat mereka apabila memerlukan perhatian. Percayalah!

3. Jika Anak Menangis, Dia Tidak Suka Bermain Sendiri

Ramai ibu yang terlalu cepat mengalah apabila anak kecil merengek semasa diletak. Biasanya, ia berpunca daripada 3 perkara berikut:

i) Bayi diletakkan secara tiba-tiba tanpa diberitahu

ii) Anak sudah biasa didukung atau diperbetulkan kedudukannya

iii) Ibu bapa cepat-cepat ‘lari’ setelah meletakkan anak

Tak ada siapa yang suka ditinggalkan begitu sahaja. Seelok-eloknya, duduk sebentar bersama mereka. Cadangkan beberapa permainan, dan kemudian beritahu si anak bahawa anda perlu melakukan sesuatu.

4. Pagar Penghadang Seperti ‘Penjara’ Anak Kecil

Menurut pakar, apabila anak kecil sentiasa mengikut ibu bapanya ke mana saja, mereka tidak akan fokus terhadap aktiviti bermain.

Masakan tidak, kita akan cenderung untuk melarang mereka mendekati sesuatu berbanding anak-anak yang diletakkan dalam kawasan berpagar. Dengan itu, fikiran mereka akan terganggu dan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

5. Bermain Sendiri Bermaksud Meninggalkan Bayi Sendirian

Ya, anda boleh melakukan kerja-kerja lain sementara biarkan anak bermain sendiri. Contohnya, melipat baju, check email, kemas rumah, dan sebagainya.

Cuma bezanya, apabila mereka bermain, kita tidak perlu melibatkan diri secara aktif. Semasa bermain pula, jangan cenderung menjadikan diri kita sebagai ‘ketua’.

Namun, biarkan anak bermain sendiri bukanlah bermaksud tinggalkan mereka sendirian. Kita sebenarnya masih perlu memantau mereka dan merespon apabila ditanya.

biarkan anak bermain sendiri

Memang tak sampai hati nak biarkan anak bermain sendiri. Tapi  jika menjadi tabiat, ia sebenarnya merugikan anda dan bayi. / Foto Kredit: nspcc.org.uk

6. Apabila Bayi Menangis, Kita Perlu Menyelesaikan Masalah Mereka

Mesti ramai yang rasa tak senang duduk kalau nampak anak terkial-kial melakukan sesuatu kan? Ini memang normal.

Bertenang. Biarkan mereka menangis, marah, atau apa saja. Yang penting mereka diberi peluang untuk mencuba.

Satu tips, apabila anak meminta pertolongan, cuba tanyakan soalan kepada mereka. Contohnya, “Oh, Adik nak lukis kucing ya? Telinga yang macamana yang Adik suka? Yang panjang ke atas? Cuba Adik tunjuk Mama.” Anda juga mungkin boleh biarkan mereka menggerakkan tangan anda sebagai permulaan.

Seperkara lagi, tidak mengapa jika sesetengah aktiviti tidak dihabiskan oleh anak anda kerana ia akan memberi rasa ‘ownership’ kepada aktiviti tersebut.

7. Tugas Ibu Bapa Bermain Dengan Anak-Anak

Tentulah, sebagai ibu bapa kita harus memenuhi keperluan si anak. Tapi, jika kita memberi galakan dan biarkan anak bermain sendiri, aktiviti ini akan menjadi lebih menyeronokkan, BUKAN membebankan. Ia samalah seperti mempercayai anak anda memandu kereta untuk anda.

Bayangkan, apabila anak anda semakin besar, anda akan lebih teruja apabila diajak bermain bersama. Anda sanggup tinggalkan apa saja untuk dapat bersama mereka, bukan?

biarkan anak bermain sendiri

Realitinya, bukan semua anak kecil pandai bermain sendiri walaupun diberikan banyak permainan. / Foto Kredit: moirebenok.ua

‘Lepas Tangan’ Untuk Kebaikan Anak

Salahtanggapan ini perlu diperbetulkan demi perkembangan anak-anak. Namun, fahamkan niat dan jangan lakukannya semata-mata untuk kepentingan diri.

Dalam bab ini, kita memang kena bersikap kering hati sedikit kerana memang ramai ibu bapa yang susah nak ‘let go’. Namun, lakukanlah untuk kebaikan si anak.

Bersedialah untuk memeluk dan memantau mereka dalam apa jua keadaan sekiranya mereka masih belum bersedia. Bukan semua anak punyai tahap kecerdasan yang sama. Percayalah naluri anda!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×