Nur

Zikir Untuk Ibu Yang Kepenatan Bekerja Dan Urus Anak, Amal Ini Supaya Lebih Bertenaga!

14
SHARES
zikir fatimah

Sudah pasti apabila ada perjumpaan para ibu bersama rakan-rakan sekerja atau rakan rapat, pasti ada isu mengenai kepenatan menguruskan rumah tangga yang diulas. Solusinya, bukan sahaja dengan cara pergi bercuti atau ke spa boleh meringankan stres ini malah amalan Zikir Fatimah turut disarankan.

Mudah sahaja untuk dihafal, berikut merupakan perkongsian zikir yang boleh diamalkan serta kisah dari Rasulullah SAW dan puterinya.

Baca juga: Tular Isu Wanita Teringin Poligami, Ustaz Pesan Jangan Buat Main Hukum Hakam..Ada Hikmah!

AMAL ZIKIR FATIMAH, PENAWAR STRES DAN PENAT UNTUK SI IBU

zikir fatimah

Dalam Islam sendiri telah tersedia penawar kepenatan untuk ibu-ibu melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah s.a.w kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah SAW, Saidatina Fatimah RA mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib RA tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.

Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah SAW dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah. Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.

Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.

Lalu baginda bersabda; “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)

Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.

ZIKIR/ TASBIH FATIMAH

Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali

zikir fatimah

*Dititipkan juga nasihat kepada para ibu yang bekerja serta menguruskan rumah tangga dalam masa yang sama sentiasa mengikhlaskan diri dalam mendidik anak-anak. Bukan semua orang memiliki ‘keindahan’ ini seperti anda..

Baca juga: Himpunan Doa Harian Ringkas Untuk Anak Kecil Amalkan, Senang Je Nak Hafal

Sumber: Tiktok @fatinnnabila1

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×