Nur

Hukum Siram Air Jampi Ke Atas Kereta, Betul Ke Boleh Elak Musibah?

14
SHARES
air penawar

“Air penawar ini nanti simbah dekat kereta. Barulah susah sikit nak kemalangan..”

Pasti ada dalam kalangan anda yang sedang melalui perubatan tradisional dan perawat meminta untuk anda menyiram air jampi ke atas kereta bukan? Katanya, dengan menyiram air ini dapat membantu untuk mengelakkan kecelakaan dan musibah berlaku.

Jika air penawar yang digunakan adalah berlandaskan ayat-ayat suci Al-Quran adalah bagus namun, tujuannya bukanlah untuk mengelakkan musibah yang di luar kuasa manusia. Berikut merupakan penjelasan dari Ustaz.

Baca juga: Memang Sedap Tapi Boleh Ke Makan Ikan Masin Yang Tidak Dibuang Isi Perutnya?

HUKUM SIRAM/RENJIS AIR PENAWAR ATAU AIR JAMPI DEKAT KERETA

air penawar

Ada yang bertanyakan kepada Ustaz tentang apakah hukum menyiram dan mencurahkan air penawar atau air jampi perubatan tradisional ke atas kenderaan. Ini dikatakan bertujuan untuk mengelakkan musibah, kemalangan, kecurian atau kerosakan berlaku terhadap kereta tersebut.

Merujuk kepada persoalan tersebut:

Perbuatan merenjis/ membilas kenderaan bagi mengelakkan musibah adalah sesuatu yang tidak disyariatkan dan hukumnya tidak harus kerana menimbulkan fitnah dan tohmahan terhadap masyarakat Islam.

Jika berlaku sesuatu musibah ucaplah sebagaimana firman Allah SWT;

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Maksud: “(iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. (al-Baqarah : 156)

Ada juga yang menggunakan cara ini yang dikatakan dapat mengelakkan penyakit Ain namun tindakan ini tidak harus. Cara menghindari daripada penyakit Ain bukanlah dengan menyiram/ merenjis air ke kereta. Caranya ikutlah panduan yang telah dinyatakan dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abi Said RA;

كان رسول الله ﷺ يتعوذ من عين الجان ثم أعين الانس. فلما نزل المعوذتان أخذهما. وترك ماسوى ذلك

Maksudnya : “Adalah Rasulullah SAW berlindung diri kepada Allah dari penyakit pandangan jahat jin dan juga manusia. Maka ketika turun surah al-Muawwizatan (iaitu surah al-Falaq dan surah an-Nas) baginda mengamalkannya dan meninggalkan yang lainnya” (Riwayat Ibnu Majah)

*Justeru, amalkanlah bacaan surah al-Falaq dan surah an-Nas sebagai pelindung diri dari kejahatan jin, manusia dan makhluk lainnya. Hal ini kerana, jika orang Islam sendiri percaya dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya maka tiada beza agama Islam dengan agama lain.

air penawar

Baca juga: Ramai Tak Faham Apa Itu Nusyuz, Rupanya Bukan Isteri Je…Si Suami Pun Boleh!

Sumber: Kashoorga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×