Famili

Macam Mana Nak Pilih Penulen Air Yang Sesuai Untuk Rumah Anda, Ini Cara Yang Betul!

17
SHARES

Apabila memilih sesuatu produk atau kelengkapan rumah, anda harus memastikan bahawa ianya adalah sesuatu yang terbaik dan mampu memudahkan urusan harian anda. 

Tambah-tambah lagi kalau memilih penulen air. Ada beberapa faktor yang anda harus pertimbangkan bagi memastikan anda mendapat pengalaman yang memuaskan. Antaranya adalah: 

1. Kecekapan Penapisan

Sebelum memilih penulen air yang sesuai, anda perlu memastikan bahawa ia mempunyai kecekapan penapisan yang baik. Ini kerana ia amat penting bagi membantu menghilangkan kotoran, bahan kimia berbahaya serta mikroorganisma dari air minuman.

Ia juga akan menjadikan air yang hendak diminum dan digunakan itu selamat untuk keperluan harian anda. Barulah kesihatan diri dan keluarga lebih terjaga kan?

2. Kualiti bahan yang digunakan untuk produk tersebut

Kualiti bahan untuk produk penulen air juga merupakan faktor yang penting dimana ia boleh mempengaruhi keberkesanan penulen air dan keselamatan air yang dihasilkan.

Jadi, jika anda memilih penulen air yang mempunyai kualiti bahan yang berkualiti tinggi dan baik, ia dapat menyingkirkan pencemar seperti klorin, logam berat, bakteria, dan virus dari air minuman.

3. Reka bentuk yang sesuai

Ha… reka bentuk pun salah satu faktor pemilihan yang penting tau. Jika anda mempunyai ruang kediaman atau dapur yang besar atau kecil, anda perlu pastikan penulen air itu sesuai dengan keluasan dan persekitaran ruang rumah.

Bukan itu saja, pemilihan reka bentuk ini juga mempengaruhi reka bentuk dalaman rumah dimana ia dapat mencantikkan lagi ruang dengan penulen air yang menarik dan serasi dengan gaya hidup moden terkini.

4. Kemudahan penyelenggaraan

Untuk pengetahuan anda, penulen air memerlukan penyelenggaraan berkala untuk memastikan penapisannya berfungsi dengan baik.

Jadi, sebelum memilih penulen air, pastikan adanya kemudahan penyelengaraan daripada pembekal termasuk menyediakan bantuan teknikal, panduan penyelenggaraan, dan perkhidmatan pelanggan yang responsif bagi mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul dengan penulen air.

Barulah ia dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan serta dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang.

5. Jaminan kualiti dan kebolehpercayaan produk

Macam mana nak tahu kualiti dan kebolehpercayaan tentang produk penulen air? Nak mudah, anda boleh tengok ulasan daripada pengguna-pengguna produk tersebut kerana mereka memberi pandangan berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

Selain itu, dengan memilih pengeluar produk yang mempunyai  reputasi baik dengan jaminan kualiti dan kebolehpercayaan yang tinggi juga perlu dipertimbangkan kerana mereka cenderung untuk memberikan produk yang memenuhi atau melebihi jangkaan pengguna.

Ha! Anda tahu tak semua ciri-ciri itu ada pada penulen air Coway? Jom kami kongsi! 

Kenapa anda perlu memilih penulen air jenama Coway? Ini kerana ia dapat menyediakan air yang bagus dan berkualiti untuk anda sekeluarga. 

Selain itu, Coway juga menawarkan jenis-jenis penulen air yang mempunyai kelebihan nya tersendiri. Antaranya adalah:

KECIL | Daripada RM39*/sebulan

Kalau anda mempunyai ruang dapur kecil, penulen air ini sesuai kerana ia tidak memakan banyak ruang. Meskipun model ini tidak mempunyai tangki, tetapi aliran airnya (panas, sejuk, ambient) mengalir dengan lebih cepat. 

Selain itu, KECIL menawarkan pemanasan dan penyejukan air dengan segera serta membolehkan anda mengeluarkan air bersih pada 5 tetapan suhu.

Bukan itu sahaja, ia mempunyai 4 tetapan isipadu yang membolehkan anda mengisi air ke dalam cawan, botol dan periuk anda tanpa pengawasan. 

Dengan menyediakan bekalan air tanpa had, reka bentuk yang fleksibel dan estetik, ia sesuai untuk pelbagai saiz dan jenis rumah. 

NEO PLUS | Daripada RM30*/sebulan

NEO PLUS ini pula dilengkapi dengan 3 suhu air yang berbeza, reka bentuk mesra pengguna untuk penggunaan yang mudah, serta kunci keselamatan kanak-kanak dan mod ekologi untuk penjimatan tenaga.

Dengan hanya RM30* sebulan, ia amat mampu milik dan sesuai dengan anda yang tidak mempunyai bajet yang besar.

VILLAEM II | Daripada RM52*/sebulan

Kalau anda nak tahu, model penulen air ini direka oleh seorang penyelidik yang terinspirasi melihat isterinya menyediakan susu bayi setiap hari dengan mencampur air panas dan ambient untuk mendapatkan suhu terbaik. Lagi-lagi pada waktu malam.

Jadi, buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, penulen air VILLAEM II ni sesuai untuk anda. Ini kerana ia dilengkapi dengan tetapan air panas yang sesuai untuk ibu baru yang sentiasa perlu menyediakan susu bayi.

Ia tersedia dengan 4 tetapan suhu yang berbeza serta reka bentuk yang sangat mesra pengguna.

OMBAK | Daripada RM60*/sebulan

Disebabkan penduduk di Malaysia suka menjamu tetamu, dan memiliki ruang rumah yang agak besar, jadi terciptalah model OMBAK ini.

Ia direka khas untuk rakyat Malaysia selepas beberapa kunjungan penyelidik dan jurutera dari Korea dengan kajian mendalam untuk memahami keperluan rakyat Malaysia.

Oleh itu, baut anda yang rasa tertarik dengan model OMBAK, kami rekomen untuk anda memilih yang ini kerana ia dilengkapi dengan tangki air berukuran 13.5L yang boleh digunakan untuk segala keperluan.

Memandangkan rakyat di Malaysia ini juga gemar membuat minuman panas dan sejuk, produk ini juga dilengkapi dengan 50 jenis volume air yang berbeza dari 40°C hingga 90°C, ambient, sejuk dan pelbagai jenis volume isipadu. Mudah kan!

AIS | Daripada RM60*/sebulan

Ha! Mana peminat dan suka minum minuman sejuk tu? Anda boleh pertimbangkan penulen air jenis ini. Nak tahu kenapa?

Ia disebabkan penulen air ini dilengkapi dengan fungsi pembuatan ais automatik. Jadi, tak perlu lah anda susah-susah nak isi air dan jadikan ais di dalam freezer kan? Lagipun, bekas ais itu juga boleh tercemar bakteria dari bahan mentah.

Oleh itu, model AIS direka khas dengan fungsi pensterilan UV berkala dan memastikan anda sentiasa mendapat ais yang jernih dan tulen untuk rasa yang lebih enak.

Penulen air ini dilengkapi dengan pelbagai kawalan suhu dan volume. Bukan itu saja, ia juga didatangkan dengan tetapan memori pengguna pintar (MYCUP), membolehkan anda mendapatkan suhu dan isipadu air tepat yang sama untuk minuman harian. 

Banyak nya pilihan! Kalau anda nak tahu penulen air jenis mana yang sesuai untuk rumah anda, boleh tengok jadual dibawah:

Paling menarik, Coway menawarkan Super Crazy Promo dengan diskaun 50% buat kali pertama!

Wahhh! Berbaloi ni. Buat pertama kalinya Coway tawarkan diskaun sehingga 50%* untuk produk penulen air bagi produk mereka untuk anda tau!

Selain itu, anda juga boleh dapatkan penapis udara Coway baru dengan potongan harga sehingga 50% dengan maksimum 6x pembayaran bulanan (bermula dari bil kedua ke atas). 

Sama ada anda mahu membeli unit Coway baru atau upgrade penulen air lama anda dari mana-mana jenama, semuanya boleh.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini!

Dah tahu nak pilih penulen air jenis yang macam mana untuk kediaman anda? Tunggu apa lagi, ini peluang untuk anda nikmati harga yang murah dan berbaloi dengan Coway.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk mereka, anda boleh layari laman sesawang mereka di SINI.

*tertakluk pada terma dan syarat 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×