Famili

5 Bahan Asli Untuk Hilangkan Parut Kudis Buta, Dah Tak Geli Pandang Kaki Sendiri!

5
SHARES
parut kudis buta

Pernah tak terpandang kaki kemudian nampak parut kudis buta mengacau permukaan kulit anda. Pasti ‘spoil mood anda kan? Terutamanya wanita. Pasti keinginan memakai dres terkabur disebabkan oleh parut itu. Risau malu berdepan dengan orang, lalu memilih untuk tidak memakai baju yang menampakkan parut itu.

Usah risau, parut kudis buta ini ada penawarnya, bukan sahaja dari segi sains perubatan tapi dari segi perubatan tradisional! Guna 5 bahan natural yang bakal penulis kongsikan ini, pasti ada perubahan pada kaki anda.

Baca juga: 12 Petua Menghilangkan Parut Dengan Efektif, Tanpa Produk!

KUDIS BUTA

parut kudis buta

Kudis buta merupakan satu keadaan kesihatan berkaitan yang disebabkan oleh gigitan kutu bernama Sarcoptes scabiei. Kutu ini selalunya hidup, berjangkit, tenggelam dan menggigit kulit manusia sebagai parasit meninggalkan ruam-ruam yang merah, gatal, sakit dan nanah.

Yang paling merisaukan ialah ia sukar untuk dihilangkan tanpa rawatan terutamanya jika seseorang tidak menjaga kebersihan diri. Namun begitu, kemungkinan ada bahan natural yang boleh anda dapati di rumah untuk rawati parut kudis buta ini.

5 BAHAN ASLI HILANGKAN PARUT KUDIS BUTA

1. Minyak Cengkih

parut kudis buta

Minyak cengkih memiliki kesan antioksidan, antimikrobia, anestetik dan insektisida yang dipercayai mampu menyumbang untuk menyembuh parut kudis buta.

Ada kajian pada tahun 2010 mengatakan bahawa ia boleh membunuh kutu Sarcoptes scabiei pada luar serta yang tenggelam dalam kulit daripada terus membiak dan bertelur.

Walau bagaimanapun, sebelum menggunakannya, anda perlu dapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan kesan sampingan yang tak diingini.

2. Gel Lidah Buaya

parut kudis buta

Gel lidah buaya ini berfungsi melegakan dan menyembuhkan kulit yang terengsa disebabkan oleh faktor risiko seperti cahaya matahari, alat solek atau jangkitan kutu.

Pada tahun 2009, kajian telah membuktikan ia boleh melegakan kudis buta dengan peratus keberkesanan hampir sama seperti ubat sapu Benzyl Benzoate.

Kelebihan gel lidah buaya ini adalah anda boleh cuba pada parut kudis buta kerana ia tidak membawa kesan sampingan berbahaya.

3. Minyak Nimba

parut kudis buta

Minyak nimba juga dipercayai mampu merawati kudis buta kerana mempunyai kesan antiradang, antibakteria, alagesik dan komponen aktif yang lain.

Pada tahun 2008, ada kajian yang telah menunjukkan bahawa penggunaan ekstrak minyak ini telah berjaya merawat isu scabies selepas beberapa minggu.

Demi menjauhkan diri dari kesan sampingan yang tidak diingini, anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya.

4. Lada Cayyene

parut kudis buta

Lada Cayyene ini sebenarnya adalah lada cili merah pedas. Ia mampu melegakan rawaran kondisi kudis batu.

Terdapat kajian pada tahun 2010 yang membuktikan kesakitan kronik pada tisu lembut dapat dikurangkan dengan kandungan capsaicin yang ada dalam rempah ini.

Akan tetapi, pengambilan yang terlalu banyak akan memudaratkan iaitu menyebabkan rasa pijar pada kulit juga akan membuatkan anda berasa ketidakselesaan.

5. Minyak pohon teh

parut kudis buta

Sebenarnya minyak pohon teh adalah rawatan yang dalam bentuk ubatan sapuan paling efektif disebabkan kebolehannya yang mampu menyembuhkan ruam serta rasa gagal pada kulit kerana kudis buta.

Pada tahun 2016, satu kajian telah menunjukkan ia telah berjaya menyembuhkan kudis buta yang tidak berkesan melalui rawatan klinikal.

Ini kerana minyak pohon teh mampu membunuh kutu dan seumpamanya dengan bantuan sifatnya yang antibakteria, antiradang, antigatal dan akarisida.

Anda boleh mencari inisiatif bahan-bahan semulajadi ini di rumah. Tapi ingat yang paling penting adalah jaga kebersihan diri. Terus berjumpa dengan doktor jika mempunyai sebarang permasalahan berkaitan kudis buta. Semoga anda dapat kulit yang licin seperti dulu kala!

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×