Cantik

12 Petua Menghilangkan Parut Dengan Efektif, Tanpa Produk!

petua menghilangkan parut

“Adoiii Tom, kenapalah kau cakar pipi aku ni? Kan dah merah, luka dan bercalar-balar. Cubalah cakar kat kaki ke tangan aku. Habislah berparut pipi gebu aku ni. Dah tak nampak cun lah macam ni! Siap kau Tom, aku dapat kau nanti, memang ada yang kena pukul!

Parut luka memang sukar dihilangkan. Meskipun ia tidak menyakitkan tetapi ia boleh menjejaskan penampilan lebih-lebih lagi jika ia di muka.

Banyak produk menghilangkan parut ada di pasaran tetapi jika anda memilih untuk mengguna bahan yang selamat dan semula jadi, bolehlah mengguna bahan seperti berikut.

12 Petua Menghilangkan Parut Dengan Efektif, Tanpa Produk!

Berikut adalah 12 petua menghilangkan parut dengan menggunakan bahan semulajadi.

Selain parut luka, anda juga boleh menggunakannya untuk memudarkan parut jerawat pada muka.

1. Lemon

Potong buah lemon kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil itu picit sedikit demi sedikit hingga keluar jusnya.

Lemon berfungsi sebagai peluntur semula jadi, menjadikannya bahan efektif untuk menghilangkan sebarang kesan parut.

Untuk kesan lebih bagus, minum jus lemon tanpa gula dua kali sehari selama 15 hari.

2. Minyak Rosehip Seed

Titiskan sedikit minyak pada jari dan urut perlahan-lahan pada parut. Lakukan dua kali sehari.

Minyak ini biasanya digunakan dalam industri kosmetik terutamanya krim penghilang parut.

3. Kiub ais

Ambil kiub ais dan lakukan pada parut.

Lakukan sekerap mungkin.

petua kulit licin

Foto Kredit: livestrong.com

4. Daun Aloe vera

Potong daunnya dan picit sehingga keluar cairan.

Ambil dan sapukan pada parut.

Pastikan madu yang asli

Pastikan madu yang asli

5. Madu

Letak sedikit madu pada parut dan urut perlahan-lahan.

Biarkan kering baru dibilas.

Foto Kredit: fashionlady.in

Foto Kredit: fashionlady.in

6. Serbuk Sandalwood

Campurkan sedikit air mawar (rosewater) atau susu pada serbuk sandalwood dan sapukan pada parut perlahan-lahan.

Biarkan selama sejam dan bilas dengan air sejuk.

7. Kentang

Hiris kentang mentah dan sapukan pada parut.

8. Minyak kelapa

Sebaik sahaja luka kecil terus sembuh, cepat-cepat sapu minyak kelapa. Parut akan mudah hilang.

petua tercekik tulang

Foto Kredit: fairwaymarket.com

9. Minyak zaitun

Titis sedikit minyak zaitun pada jari dan sapu di parut. Lakukan setiap hari untuk kesan yang segera.

minum air timun

Foto Kredit: inhabitat.com

10. Timun

Seperti kentang, hiris timun dan sapukan jusnya pada parut.

petua kulit licin

Foto Kredit: totalgymdirect.com

11. Tomato

Hiris tomato dan tekap pada parut.

cara hilangkan gatal

Foto Kredit: davidwolfe.com

12. Soda bikarbonat

Ambil lima sudu soda bikarbonat dan campur sedikit air untuk jadikan pes. Sapu pada parut dan lakukan tiga kali seminggu.

Tidak secepat bahan kimia,

Bahan semula jadi biasanya mengambil masa yang lama untuk menghilangkan kesan parut namun ia dijamin selamat untuk semua jenis kulit sekali gus tidak merosakkan kulit.

Bukan itu saja, petua menghilangkan parut di atas ini juga menggunakan bahan yang mudah didadapati, murah, selamat, dan tiada kesan sampingan.

Carian Yang Berkaitan:

  • cara nak hilangkan parut
  • cara hilangkan parut luka
  • petua menghilangkan parut
  • cara untuk hilangkan parut
  • cara untuk menghilangkan parut
  • cara hilang kan parut
  • menghilangkan parut
  • cara nak hilangkan parut luka
  • buah untuk hilangkan parut
  • buah yg boleh menghilangkan parut luka
1 Comment

1 Comment

  1. seri nian

    January 22, 2017 at 12:39 pm

    penggunan timun tu sangat mudah dan murah,
    yang penting rajin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top