Cantik

Petua Kulit Licin Dengan 6 Bahan Semulajadi. Tanpa Bahan Kimia!

793
SHARES
petua kulit licin

Kalau cakap tentang kecantikan, memang wanita sahaja yang jadi tumpuan. Tapi sekarang kaum Adam pun sibuk berlumba-lumba amalkan petua kulit licin supaya dapat wajah dan badan yang cantik, licin dan mulus.

Bagus sebenarnya. Ini bermakna kesedaran untuk menjalani gaya hidup yang sihat mula dipandang oleh kaum ini. Yalah, siapa yang nak kulit terus jadi kusam, tidak bermaya, kasar sehingga hilang seri!

Okay, tak perlu beli produk-produk kecantikan yang mengguna bahan kimia di luar sana, anda masih boleh dapatkan kulit yang licin dan halus mengguna bahan semula jadi yang ada di rumah.

Nak tahu apa petua kulit licin semulajadi yang membantu mendapatkan kulit yang mulus dan halus?

petua kulit licin

Foto Kredit: lifehack.org

Petua Kulit Licin Dengan 7 Bahan Semulajadi. Tanpa Bahan Kimia!

1. Air

Percaya tak. petua kulit licin yang paling berkesan secara semulajadi adalah hanya dengan air.

Anda digalakkan minum air dengan banyak. Apabila badan banyak dengan cecair, ia akan membuang toksin dan sisa pepejal dalam badan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Di samping itu, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan air.

minum air timun

Foto Kredit: woman.at

2. Jus lemon

Enzim di dalam jus membuang sel-sel mati di kulit secara tak langsung membantu mengurangkan warna parut di kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit.

Petua kulit licin ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Caranya:

Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut dan tidak sekata. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Lakukan setiap hari.

Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.

Resepi air detox

Foto Kredit: trueserenity.ca

3. Buah tomato

Bertindak sebagai skin toner, ia membantu merawat jerawat, jeragat dan blemish.

Caranya:

Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit atau bahagian kulit yang tidak sekata.

Jika dilakukan setiap hari, ia akan mengecilkan pori-pori di muka menjadikan kulit lebih licin.

petua kulit licin

Foto Kredit: totalgymdirect.com

4. Madu

Madu telah digunakan sejak sekian lama kerana khasiatnya yang pelbagai. Bukan saja boleh dimakan, ia juga elok untuk disapukan pada kulit.

Caranya:

Ambil madu dan sapu pada muka, leher dan bahagian kulit yang kasar. Biarkan selama 10 minit dan bilas.

Campurkan sedikit madu pada putih telur dan sapu pada muka. Basuh dengan air dan pencuci muka untuk menghilangkan bau telur.

Sebelum tidur, campurkan tiga sudu madu bersama satu setengah cawan serbuk kayu manis. Sapu pada muka dan biarkan semalaman. Keesokan hari, bilas seperti biasa.

Pastikan ia adalah madu lebah asli

Seelok-eloknya guna adalah madu lebah asli

5. Minyak Tea Tree

Antibakteria yang terkandung dalam minyak ini boleh mengurangkan parut dan jerawat.

Namun, dinasihatkan untuk mencubanya di tangan dahulu sebelum digunakan di muka kerana ada yang alergi dengan minyak ini.

Caranya:

Titiskan pada cotton swab dan sapu pada bahagian berjerawat

Sejam sebelum tidur, sapu minyak ini pada kulit dan biarkan semalaman

petua kulit licin

Foto Kredit: oil-benefits.com

6. Aloe Vera

Bahan aktif dalam aloe vera terbukti berkesan merawat parut, blemish, mengurangkan kedut dan garisan di muka.

Caranya:

Ambil gel daripada daunnya dan sapu pada kulit beberapa kali seminggu

Jadikan mask dengan campurkan satu sudu gel aloe vera, dua sudu jus lemon dan satu sudu madu. Tekap pada muka, leher dan bahagian yang kasar selama 15 hingga 20 minit.

petua kulit licin

Foto Kredit: livestrong.com

Amalkan Secara Konsisten Untuk Dapatkan Hasil Yang Cepat

Bahan semulajadi di atas bukan sahaja mudah didapati, tetapi juga murah.

Namun, dengan mengamalkan petua kulit licin ini, pastinya membuatkan wajah dan tubuh badan anda semakin gebu, lembut dan halus – seperti kulit bayi.

Tentu anda akan rasa lebih yakin dan awet muda. Cubalah!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×