“Kau ni janganlah makan kicap banyak-banyak, nanti anak kau lahir kulit gelap…”
Masyarakat kita kebanyakannya terlalu obses untuk berkulit putih kerana mentaliti mereka menganggap kulit putih itu adalah definisi cantik. Oleh itu, mempunyai anak yang putih dan gebu merupakan impian para ibu sehingga terlalu percaya mitos-mitos dan menelan pil-pil putih kerana terlalu obses inginkan anak berkulit putih. Ini respon Dr. Amalina tentang para ibu yang terlalu obses untuk memutihkan kulit anak mereka.
OBSES NAK ANAK KULIT CERAH
Dr Amalina telah respon kepada tweet mereka yang terlalu obses untuk anak berkulit putih. Sebenarnya apa yang dikatakan Dr Amalina itu betul. Warna kulit bayi bergantung pada faktor genetik dan bukan pemakanan. Ia juga tidak akan menentukan peribadi anak-anak.
AIR SOYA BUATKAN ANAK PUTIH?
Malah ada yang menyatakan, air kacang soya yang putih boleh membuatkan anak menjadi putih jika selalu meminumnya ketika mengandung. Ironinya, kedua-dua bahan tersebut iaitu kicap dan air soya berasal daripada tumbuhan yang sama iaitu soya. Persoalannya disini, adakah benar dengan memakan ataupun meminum bahan yang mempunyai warna gelap dan putih itu akan mempengaruhi warna kulit kanak-kanak? Disini kami ingin menyatakan beberapa fakta.
1. Warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yg dimakan akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan di serap ke dalam badan. Molekul yg sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit
2. Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yg terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yg mempunyai masalah dalam penghasilan kompoun ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan setakat itu, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan kompaun melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka yang ada masalah ini dikatakan mempunyai penyakit ‘Albino’.
3. Kuantiti kompoun melanin yg dihasilkan inilah yg akan menentukan kecerahan dan gelapnya kulit seseorang. Dan perkara ini bergantung kepada genetik. Sebagai tambahan, warna kulit diperturunkan kepada anak kita melalui ‘polygenic inheritence’. Bermaksud ada beberapa ‘gene’ pada baka kita yg terlibat dalam warna kulit. Berlainan pula bagi jenis darah. Ia hanya melibatkan sepasang ‘gene’. Iaitu satu daripada ayah dan satu lagi daripada ibu.
WARNA KULIT BERGANTUNG KEPADA GENETIK
A mewakili gene yg akan menyebabkan kulit gelap, a mewakili gene yg akan menyebabkan kulit cerah.
Seorang rakyat afrika mempunyai kulit warna yg sangat gelap: Kita anggap semuanya genenya adalah mewakili gelap iaitu AA AA AA, Saya tulis AA tu secara berpasangan disebabkan satu gene daripada ayah dan satu lagi gene daripada ibu. Ada 3 pasangan disebabkan ‘polygenic inheritence’ seperti yg saya terangkan di atas.
Dia kahwin dgn perempuan eropah yg sangat cerah: Kita anggap semuanya gene warna kulitnya mewakili yg cerah sahaja: aa aa aa. Anak yg akan terhasil akan mempunyai warna kulit di antara cerah dan gelap. Maksudnya tidak terlampau cerah ataupun gelap disebabkan genetik anaknya telah bercampur iaitu: Aa Aa Aa. Oleh itu, penyelesaian sebenar untuk mendapatkan anak yg putih adalah berkahwin dgn orang yg mempunyai kulit yg putih.
Sumber: Dr Amalina & The Diagnosa