Cantik

Kulit Kusam? Ambil 5 Sumber Mineral Ini Untuk Kulit Licin Berseri

147
SHARES
kulit licin berseri

“Makin teruk pulak kulit muka aku ni. Jerawat makin banyak naik. Besar-besar pulak tu. Ish geram aja nak cubit-cubit jerawat ni. Macam mana lah nak kurangkan jerawat. Makan berpantang sampai kempunan nak makan sedap. Tak juga berkesan. Sesekali nak juga merasa kulit licin.”

Simptom seperti jerawat,radang kulit, ekzema dan kulit kering adalah tanda kulit anda menghadapi masalah.

Kekurangan Mineral Antara Punca Utama Kulit Bermasalah

Seperti mana pepatah “You are what you eat”, kulit pula digambarkan sebagai “mirror of the gut and mind”.

Kekurangan sumber mineral dan antioksidan dalam pemakanan menyebabkan kulit hilang seri dan kusam secara tak langsung menunjukkan bahawa terdapat masalah dalam badan anda. ini kerana mineral seperti zink, sulfur dan silica membantu membuang toksin dalam badan dan apabila kekurangan mineral ini maka toksin sukar dibuang.

kulit licin berseri

Ambil sumber semula jadi untuk dapatkan kulit licin berseri

Ambil 5 Sumber Mineral Ini Untuk Kulit Licin Berseri

Untuk mendapatkan kulit licin berseri dan dalam masa menambah kandungan mineral dalam badan, ini yang perlu anda ambil:

1. Zink

Membina kolagen baru dalam badan dan membuang kolagen yang sudah rosak menjadikannnya sumber nutrisi penting untuk mengelakkan daripada kulit berkedut dengan cepat, stretch mark, jerawat, kulit berpigmen, kulit tak sekata dan radang kulit.

Makanlah:
Biji labu, biji bunga matahari dan bijan
Kacang seperti gajus, pecan, macadamia dan kacang pine
Seaweed
Buah kelapa
Sayur bayam dan spirulina

makanan meningkatkan kesuburan

Foto Kredit: food.ndtv.com

2. Sulfur

Membantu menyerikan kulit yang sudah kusam agar lebih kelihatan segar dan licin. Sulfur boleh terdapat dalam sumber haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.

Makanlah:
Sayuran yang padat dengan kandungan nutrisi seperti kale dan selada air
Brokoli dan Brussel sprouts
Lobak merah
Protein seperti ikan salmon
Debunga Lebah

Kalau rasa brokoli tak sedap, tutup mata dan telan sahaja

Kalau rasa brokoli tak sedap, tutup mata dan telan sahaja

3. Antioksidan

Kulit akan ‘tua’ dari waktunya jika anda kurang makan makanan yang mengandungi antioksidan dan oxidation seperti vitamin A, C dan E. Antioksidan juga adalah sumber utama pencegah kanser selain mendapatkan kulit licin.

Makan:
Vitamin A: lobak, bayam
Vitamin C: buah oren, grapefruit, kiwi, mangga, betik, nanas dan tembikai
Vitamin E: biji bunga matahari, almond dan avocado
Minum teh hijau satu hingga dua kali sekali

Pilih bayam yang segar

Pilih bayam yang segar

4. Silika

Satu lagi sumber mineral yang perlu ada untuk membuat kulit anda gembira. Sumber mineral ini sering diambil ringan dan tidak menjadi perhatian. Kebanyakan kes kulit bermasalah, kuku pecah, rambut gugur, adalah berpunca daripada kekurangan silika dalam badan.

Makanlah:
Kacang hijau
Alfalfa
Oats
Timun
Cili benggala
Banyakkan minum air mineral

5. Lemak Antiradang

Bukan semua lemak adalah lemak ‘jahat’ ya. Lemak antiradang ini termasuk dalam lemak baik dan bagus dimakan oleh semua peringkat umur.

Makanlah:
Avocado
Santan kelapa
Ikan kod, salmon dan talapia
Sup tulang

tilapia darah tinggi

Ikan tilapia tiga rasa pun sedap juga. / Foto Kredit: thecolekitchen.wordpress.com

Lakukan Ujikaji Ini

Cuba tekan perlahan kulit anda dengan jari. Jika ia tidak melantun semula, maknanya kulit anda kurang kolagen. Jika kulit muka nampak bengkak, maknanya kulit anda menghadapi masalah radang. Jika muka berjerawat, maknanya anda kurang sumber zink.

Jadi, banyakkan makan sumber mineral dan antioksidan jika ingin dapatkan kulit yang licin dan berseri.

Selamat tinggal kulit yang kusam!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×