40 Minggu

4 Tips Rambut Gugur Ketika Mengandung. Jangan Panik!

54
SHARES
Rambut gugur semasa mengandung

Rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita dan sudah pasti anda akan berikan perhatian yang penuh bagi memastikan rambut anda sentiasa berada pada keadaan yang baik.

Rambut gugur ketika mengandung

Foto Kredit: onlymyhealth.com

Tetapi ramai di antara wanita di luar sana yang mengalami rambut gugur ketika mengandung, dan ada juga yang alaminya selepas bersalin. Jadi apakah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan atau menghentikan keguguran rambut dari berlaku?

Rambut gugur ketika mengandung

Sebelum itu, kita harus memahami mengapa rambut gugur ketika mengandung dan faktor-faktor yang mendorongnya.

Perubahan kepada hormon-hormon di dalam badan banyak memainkan peranan. Secara umumnya, rambut akan melalui suatu kitaran yang berfasa. Ada rambut yang akan tumbuh, ada yang akan berehat, dan akhir sekali ada yang akan gugur. Secara purata, rambut kita akan gugur sebanyak 100 helai rambut setiap hari.

Fasa yang berubah

Sewaktu anda sedang hamil, kesemua fasa tersebut boleh berubah. Ramai di antara wanita yang mengandung akan dapati rambut mereka menjadi lebih tebal dan tumbuh lebih cepat.

Tidak kurang ramai juga yang akan mula perasan rambut mereka gugur lebih banyak dari hari-hari biasa. Ini bakal berterusan selepas anda melahirkan anak dan seterusnya selagi anda masih menyusukan anak anda.

Apa perlu buat kalau keadaan rambut gugur ketika hamil itu berterusan?

1. Jangan panik

Pertama sekali, anda janganlah berasa panik dan terus-menerus tarik rambut anda sehingga banyak lagi yang gugur. Bagi mengurangkan keguguran rambut, hanya guna syampu apabila perlu sahaja.

Amalan bersyampu akan menambahkan tekanan kepada rambut dan lebih banyak pula rambut yang akan gugur nanti. Gunakan perapi bagi mengurangkan keguguran rambut yang berlaku apabila anda menguraikan rambut anda. Pastikan syampu dan perapi yang anda gunakan mengandungi biotin dan silika.

2. Guna sikat yang bergigi luas

Seterusnya, gunakanlah sikat yang bergigi luas dan elakkan dari menggunakan pengering rambut atau apa sahaja yang akan memanaskan rambut anda. Elakkan daripada mengeritingkan rambut atau mewarnakan rambut anda sehingga keguguran rambut tadi berhenti.

Ketika rambut anda basah, rambut anda sangat rapuh, oleh itu anda perlu lebih beri perhatian ketika ianya basah. Langkah lain yang anda boleh cuba adalah meminta pendandan rambut anda mengenakan gaya rambut yang boleh menyembunyikan bahagian-bahagian yang teruk.

3. Semak semula diet pemakanan

Diet pemakanan banyak mempengaruhi rambut anda. Pastikan anda makan seperti yang disarankan doktor anda. Ini akan mengembalikan seri rambut anda dan menghentikan keguguran rambut. Kebiasaannya, badan anda memerlukan vitamin dan zat mineral yang lebih bagi mengatasi keguguran rambut ini.

Makanlah lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi flavonoid dan antioksidan yang boleh memberikan perlindungan kepada folikel-folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Anda juga boleh mengambil suplemen yang mengandungi bahan-bahan tersebut bagi mengurangkan rambut gugur ketika mengandung:

  • Vitamin B kompleks
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Biotin
  • Zink

4. Banyakkan bersabar

Yang paling penting sekali, bersabarlah. Anda tidak akan menjadi botak, ia hanyalah bersifat sementara. Hormon badan anda akan kembali normal lambat-laun juga.

Oleh itu, anda boleh cuba beberapa perkara di atas bagi mengatasi masalah rambut gugur ketika mengandung. Sekiranya ia masih berlanjutan, dapatkanlah khidmat nasihat pakar.

Akhir kata

Rambut gugur semasa mengandung

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Biasanya, keadaan rambut gugur ketika mengandung ini hanyalah sementara. Walaupun ada juga kes rambut gugur selepas bersalin, kebiasannya ia akan kembali normal selepas melahirkan anak.

Jangan risau-risau. Yang penting, jaga kandungan baik-baik.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×