Cantik

Petua Licinkan Pipi Wajah Dari Parut Jerawat Hitam, Guna 3 Bahan Hebat Ini!

13
SHARES
petua kulit licin

Lobak merah (carrot) merupakan bahan semula jadi yang tidak asing lagi dalam pembikinan produk masker kecantikan kulit wajah dan telah terbukti keberkesanannya. Di mana, petua kulit licin menggunakan masker carrot ini dapat memberikan efek wajah yang cantik, halus dan menghilangkan parut jerawat hitam.

Oleh itu, mari lihat perkongsian resipi masker kulit licin dari laman Tiktok Teamon Malaysia.

Baca juga: Jus Kunyit Resepi Turun-Temurun, Rahsia Penjagaan Dalaman Wanita Zaman Dulu!

PETUA KULIT LICIN

petua kulit licin

Gambar: Teamon Malaysia

Selain menggunakan carrot sebagai bahan terpenting membuat masker wajah ini, anda juga memerlukan serbuk oat dan madu.

Melalui video tersebut, oat dan madu berfungsi untuk menghaluskan dan melicinkan kulit. Di mana, oat boleh membuat pembersihan mendalam (deep clean) pada kulit wajah yang akan menyingkirkan kuman atau kotoran tersembunyi. Dua bahan tersebut juga sangat anti bakteria.

Jadi, jom lihat cara penyediaannya di bawah!

Baca juga: Petua Hilang Sunburn Muka, ‘Apply’ Masker Ini, Lepas 3 Hari Nampak Kesan Pulih!

Bahan dan cara penyediaan:

petua kulit licin

Gambar: Teamon Malaysia

  1. Ambil beberapa biji buah carrot dicuci bersih dan dibuang kulitnya serta dipotong kecil.
  2. Kemudian, kisarkan ia sehingga halus di dalam mesin pengisar.
  3. Setelah itu, bawa keluar dari pengisar dan tapiskan ia sehingga mengeluarkan air carrot.
  4. Di dalam sebuah bekas berisi air carrot tadi, campurkan pula serbuk oat dan madu.
  5. Gaulkan kesemua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
petua kulit licin

Gambar: Teamon Malaysia

Maka, masker carrot pun terhasil! Anda boleh sapukan di wajah 3 kali seminggu dan akan lihat keberkesanannya selepas itu. Kulit wajah jadi semakin halus, licin dan bersih.

Baca juga: 6 Tips Berenang Ketika Haid Wanita Perlu Patuh, Baru Air Tak Tercemar Darah!

Sumber: Tiktok Teamon Malaysia

FT Image: Teamon Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×