Cantik

8 Bahan Semula Jadi Boleh Hilangkan Luka Hitam Anggota Badan, No.5 Paling Tak Sangka!

2
SHARES
CARA HILANGKAN LUKA HITAM

“Malunya! Kena cari cara hilangkan luka hitam ni..”

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki kulit licin dan cantik. Namun kadang kala terhalang kerana adanya luka atau parut di anggota badan yang susah untuk dihilangkan.

Selain mendapatkan rawatan di pakar kecantikan kulit, anda boleh mencuba cara hilangkan luka hitam dengan hanya menggunakan bahan semula jadi seperti perkongsian di bawah.

Baca juga: Jangan Risau Kalau Celah Anggota Badan Gelap, Guna Petua Ini Hanya Perlu 2 Bahan Je

CARA HILANGKAN LUKA HITAM/PARUT DI ANGGOTA BADAN

CARA HILANGKAN LUKA HITAM

1. Baking soda

Kajian mendapati parut dan bekas luka yang hitam boleh dihilangkan dengan menggunakan baking soda. Caranya adalah:

  • Campurkan baking soda dan sedikit air
  • Kacau sebati dan sapu di bahagian parut
  • Biarkan 15 minit
  • Bilas

Cara ini boleh diulangi setiap hari untuk mendapatkan kesan optimum.

2. Minyak rosehip

Minyak rosehip boleh membantu menghilangkan luka dan parut hitam. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menyapu minyak pada parut dan urut perlahan-lahan.

3. Kentang

Kajian pada 2017 mendapati bahawi kentang boleh merawat luka hitam supaya tidak meninggalkan parut. Cara-caranya:

  • Potong kentang sederhana tebal
  • Gosok hirisan kentang pada parut
  • Setelah kering, buang dan gosok dengan hirisan lain
  • Gosok selama 20 minit
  • Bilas dengan air sejuk
  • Ulang langkah ini sekurang-kurangnya satu kali setiap hari

4. Lemon

Buah lemon difahamkan boleh membantu mengurangkan keradangan kulit. Caranya:

  • Potong hirisan dari lemon segar
  • Gosok perlahan sehingga keluar jus
  • Bilas menggunakan air sejuk
  • Lakukan setiap hari

5. Cara hilangkan luka hitam – Pati lavender dan minyak zaitun

Minyak pati lavender boleh membantu menyembuhkan luka hitam. Cara-caranya:

  • Campurkan tiga titis minyak pati lavender & minyak zaitun
  • Sapu dan urut selama kira-kira 5 minit
  • Biarkan minyak di tempat selama 30 minit
  • Bilas kawasan tersebut dengan air suam
  • Ulangi proses ini sekurang-kurangnya tiga kali sehari

6. Lidah buaya

Cara hilangkan parut hitam yang seterusnya adalah dengan menggunakan gel aloe vera semula jadi. Terdapat ciri-ciri anti-radang dalam lidah buaya yang boleh melegakan luka.

Caranya mudah sahaja, hanya perlu sapukan gel lidah buaya ke kawasan yang diingini.

7. Madu

Madu bersifat anti radang dan anti bakteria di mana ia boleh digunakan untuk menghilangkan luka hitam. Cara penggunaan:

  • Ambil 1 sudu besar madu dan sapukan
  • Biarkan selama 10-15 minit
  • Bilas dengan air mengalir

8. Bawang putih

Cara menghilangkan parut yang terakhir adalah dengan menggunakan bawang putih. Mudah sahaja, hanya sapukan seulas bawang putih sekali setiap hari pada luka atau parut.

Lama kelamaan luka akan pudar dan kulit kembali licin. Bawang putih mempunyai banyak khasiat kerana ia mengandungi ciri-ciri anti bakteria dan anti kanser.

Mudah kan? Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Rahsia Miliki Payudara Tegang Tanpa Buat Senaman, Makin Hari Suami Makin Sayang!

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×