Cantik

Scrub 2 Bahan Efek Natural ‘Glowing’ & Licin Macam Orang Arab, Kini Bukan Rahsia!

21
SHARES
cara penjagaan muka

Tiada siapa yang tidak menginginkan kulit wajah yang cantik. Bukan sahaja sekadar bersih dari jerawat tetapi kulit wajah kelihatan berseri dan licin secara semula jadi. Apa kata, anda cuba cara penjagaan muka orang Arab yang dikongsikan DrRizal Abu Bakar ini.

Petua kulit cantik ini hanya memerlukan dua bahan sahaja untuk menjadikan ia scrub. Di mana, bahan-bahan tersebut telah banyak digunakan dalam produk kecantikan tradisional.

Baca juga: 7 Cara Hilangkan Kelemumur Dengan Bahan Semula Jadi, Baru Tak Ada ‘Salji’ Atas Bahu!

CARA PENJAGAAN MUKA

cara penjagaan muka

Gambar: DrRizal Abu Bakar

Nak kulit glowing, licin dan bersih. Pada masa sama, kulit lembap dan tak kering. Guna scrub diperbuat dari gula dan extra virgin olive oil. Korek rahsia orang Arab alang alang.

Proses ini dipanggil ‘exfoliation’. Nak elak lebihan kulit mati tersumbat dalam pori kulit. Punca naik jerawat. Kulit gelap kusam. Kulit mengering dan gatal.

Baca juga: Petua Licinkan Pipi Wajah Dari Parut Jerawat Hitam, Guna 3 Bahan Hebat Ini!

Bahan-bahan:

  • Gula putih / brown sugar
  • Olive oil / coconut oil

Penyediaan:

Boleh guna gula putih atau brown sugar. Kalau tiada olive oil, boleh guna coconut oil.

  1. Guna 1/2 cawan gula bersama 3 sudu makan olive oil dan gaul sampai sebati.
  2. Scrub waktu pagi.
  3. Seminggu itu dua ke 3 kali.

Olive oil tinggi vitamin E dan Squalene. Squalene kekalkan kelembapan pada kulit. Vitamin E tingkatkan keupayaan kulit untuk serap lebih banyak kelembapan.

Baca juga: Jus Kunyit Resepi Turun-Temurun, Rahsia Penjagaan Dalaman Wanita Zaman Dulu!

Sumber: DrRizal Abu Bakar

FT Image: DrRizal Abu Bakar / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×