Cantik

Atasi Kulit Leher Kedut & Geleber Dengan 3 Cara Ini, Makin Tegang & Nampak Muda!

46
SHARES
leher berkedut dan menggeleber

Kulit leher berkedut dan menggeleber selalunya merupakan tanda penuaan. Keadaan ini bukan sahaja boleh dialami oleh mereka yang sudah tua, tetapi juga golongan muda.

Walaupun masalah leher berkedut dan menggeleber tidak berbahaya atau mengancam nyawa, keadaan ini boleh mengganggu penampilan anda dan mengurangkan keyakinan diri seseorang.

Baca juga: Abang Jangan Risau Kepala Makin Botak, Makan KUACI BIJI LABU Boleh Lebat Rambut Semula!

LEHER BERKEDUT DAN MENGGELEBER

leher berkedut dan menggeleber

Gambar: Shutterstock

Bagi mengelakkan penampilan kulit leher berkedut dan menggeleber, beberapa perkara yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut:

1. Penggunaan produk kosmetik kulit leher

Antara penggunaan produk kosmetik kulit leher yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

  • Kerap menggunakan pelembap, membersih dengan pencuci muka setiap hari, menggunakan pelindung matahari dan exfoliate kulit.
  • Selain itu, boleh sapukan serum vitamin C ke kawasan kulit leher untuk memastikan ia kelihatan sihat dan tegang.
  • Boleh juga menggunakan retinoid atau derivatif vitamin A yang diketahui berkesan dalam merawat kulit kendur dan berkedut. Kompaun ini berfungsi untuk menangkis radikal bebas dan boleh memberikan protein yang diperlukan oleh kulit. Malah, retinoid juga berfungsi meningkatkan penghasilan kolagen supaya kulit kelihatan lebih sihat, anjal dan tegang.

2. Amalkan gaya hidup sihat

Amalan gaya hidup sihat sentiasa dapat memenuhi keperluan nutrisi badan dan kulit. Anda dinasihatkan mengambil buah-buahan yang mengandungi vitamin A, C dan antioksidan seperti oren, epal, strawberi, tembikai dan sebagainya.

3. Pertimbangkan untuk merawat kulit dengan doktor kecantikan

Prosedur pembedahan boleh dilakukan jika anda benar-benar terganggu dengan penampilan kulit leher yang kendur. Prosedur ini sudah pasti berkesan dan cepat namun mahal bagi merawat masalah leher berkedut dan menggeleber akibat peningkatan usia.

Buat pengetahuan anda, terdapat 5 prosedur yang kalian boleh pertimbangkan iaitu:

  • Suntikan botox (botulinum toxin)
  • Rawatan laser kulit leher
  • Pembedahan MST
  • Pembedahan Z-plasty
  • Hyo neck lift

Baca juga: Toner Timun Rawat Muka Breakout, Lepas Spray Kulit Makin Bersih & Bebas Jerawat!

Kesimpulan

Cegah dan rawat kulit leher yang kendur pada usia muda, supaya ia tidak membuatkan anda rasa rendah diri dan kurang keyakinan dalam melakukan aktiviti harian.

Apa jua cara yang anda inginkan untuk mengelakkan masalah leher berkedut dan menggeleber, dapatkan dahulu konsultasi dengan doktor pakar. Jika anda mengalami kesukaran atau masalah dalam merawat kulit leher yang kendur, tidak ada salahnya untuk pergi berunding terus dengan doktor bertauliah.

Baca juga: Air Mandian Daun Untuk Atasi Badan Tak Bermaya, Lepas Siram Terus Segar!

Sumber: KlikDokter / Hello Doktor

FT Image: Shutterstock / facerestoration

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×