Cantik

Mandi Tak Boleh Siram Ikut Suka, Ini Turutan Mandi Yang Betul, Baru Bersih Badan!

31
SHARES
turutan mandi

Turutan mandi yang betul dapat membantu anggota badan bersih secara optimum, mulai dari kepala hingga hujung kaki. Malah, pada jenis kulit tertentu, tidak mengikuti turutan mandi yang betul boleh menyebabkan jerawat tumbuh.

Jadi, apakah turutan mandi yang betul? Penting untuk anda tahu agar anggota badan benar-benar bersih sekaligus mencegah masalah kulit lain. Jom lihat turutan di bawah dari SehatQ.

Baca juga: Ini Kesan Bahaya Bra Ketat Anda Kena Tahu, No.1 Itu Selalu Orang Perempuan Kena!

TURUTAN MANDI

turutan mandi

1. Laraskan suhu air

Sebahagian orang mungkin tiada masalah mandi dengan air sejuk. Namun, ada pula orang yang harus mandi dengan air panas. Sebaiknya, sesuaikan suhu agar tidak terlalu panas.

Pakar kulit mengesyorkan untuk mandi menggunakan air sejuk atau air panas yang suam-suam kuku. Hal ini kerana, air panas boleh menyebabkan kulit kering, ruam, merekah hingga ekzema.

2. Mencuci rambut

Turutan mandi yang betul pertama kali adalah mencuci rambut. Hal ini dilakukan supaya sisa dari produk rambut boleh ikut dibersihkan sekali dengan cucian sabun di peringkat seterusnya.

Cara cuci rambut yang betul adalah:

  • Pastikan seluruh bahagian rambut sudah basah sepenuhnya
  • Kemudian, boleh tuang syampu di tangan dan campurkan dengan sedikit air
  • Sapukan syampu secukupnya sesuai dengan panjang dan ketebalan rambut
  • Urut kepala, termasuk tengkuk dan rambut di kawasan telinga
  • Bilas sampai tidak ada sisa syampu pada rambut serta kulit kepala

3. Guna perapi rambut (hair conditioner)

Kalau mahu tambah nutrisi pada rambut, gunakan perapi rambut setelah syampu.

  • Hanya perlu oleskan perapi dari bahagian tengah rambut hingga ke hujungnya
  • Hindari bahagian kulit kepala atau akar rambut kerana ia berisiko meningkatkan kulit kepala berminyak dan kelemumur
  • Setelah itu, biarkan perapi selama 2-10 minit (rujuk label penggunaan produk)
  • Bilas rambut hingga bersih

4. Syampu badan

Turutan mandi selanjutnya selepas mencuci rambut adalah menggunakan sabun pada tubuh. Pilih sabun mandi atau syampu badan yang sesuai dengan jenis kulit anda.

  • Sabun badan dimulai dari leher, bahu, celah kelangkang hingga kawasan kaki
  • Jangan lupa untuk membersihkan area belakang telinga dan celahan jari tangan serta kaki menggunakan sabun
  • Gosok tubuh guna tangan, loofah, shower puff, kain lap atau back scrubber dikhususkan untuk mandian

Baca juga: Ini 7 Kaedah Buang Bulu Badan Secara Semula Jadi, Tak Perlu Lagi Waxing & Laser!

5. Bilas sabun

turutan mandi

Kalau seluruh anggota badan sudah terkena sabun, bilas sehingga tiada sisa sabun langsung. Jangan lupa untuk membilas kawasan tubuh di celahan yang sukar dicapai seperti punggung

Pastikan tiada sisa sabun pada tubuh, kerana ia boleh membuat kulit kering atau menyebabkan jerawat di punggung.

6. Bersihkan wajah

Turutan mandi yang terakhir adalah membersihkan wajah. Cuci muka memang dilakukan pada tahap akhir dalam proses mandi untuk membersihkan sisa syampu.

Sisa syampu yang masih ada pada kulit wajah membolehkan jerawat timbul. Jadi, sebaiknya cuci wajah selepas membersihkan tubuh badan atau rambut.

7. Tuala bersih

Selepas anggota badan sudah benar bersih, keringkan dengan menggunakan tuala bersih. Sebaiknya, guna tuala yang berbeza untuk bahagian tubuh dan rambut.

Keringkan badan dengan cara menepuk-nepuk badan dengan tuala bukan menggosok terutamanya di kawasan wajah.

8. Sapukan pelembap

Anggota badan pun dah bersih dan kering, jadi akhiri proses turutan mandi yang betul dengan menggunakan pelembap. Antaranya, losyen badan, body oil atau body butter untuk mengunci kelembapan kulit.

Tak perlu menghabiskan waktu terlalu lama untuk mandi. Dalam tempoh 5-15 minit sudah memadai.

KESIMPULAN

Mandi sebanyak dua kali sehari adalah bahagian penting untuk menjaga kebersihan anggota badan. Terutamanya, apabila anda melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Bahkan, terlalu kerap mandi dalam sehari juga boleh menyebabkan kulit kering dan masalah lain. Jadi, sentiasalah berpada-pada.

Baca juga: Tips ‘Reapply Makeup’ Selepas Wuduk, Jimat Masa & Wajah Pun Segar!

Sumber: SehatQ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×