Cantik

Kaki Berbau Kuat Hingga Diri Jadi Malu? Ketahui Puncanya & Ini 7 Cara Mengatasi!

22
SHARES
cara hilangkan kaki berbau

Terdapat pelbagai cara hilangkan kaki berbau yang merupakan satu perkara normal ia berlaku. Apabila suhu meningkat, badan akan lebih berpeluh dan itu termasuklah kaki. Terutamanya, jika anda memakai kasut bertutup atau mempunyai jangkitan seperti kaki atlet.

Bau dan jangkitan kaki berlaku apabila bakteria yang hidup pada kulit dan kasut anda memakan peluh sendiri. Ini menghasilkan produk sampingan asid yang berbau tidak menyenangkan. Justeru itu, mari ketahui punca-punca yang lain dan langkah mengurangkan kaki berbau seperti di bawah.

Baca juga: Pelik, Perut Buncit Ini Tak Mahu Hilang, Benarkah Ia Tanda Cyst? Semak 7 Simptom Lain Ini

MASALAH KAKI BERBAU

cara hilangkan kaki berbau

PUNCA KAKI BERBAU BUSUK

Penyebab utama kaki berbau adalah pengumpulan peluh dan bakteria pada kaki dan jangkitan kulat seperti kaki atlet. Jumlah peluh anda boleh dipengaruhi oleh:

  • Cuaca panas.
  • Senaman.
  • Berdiri sepanjang hari.
  • Berat badan berlebihan.
  • Perubahan hormon, yang berlaku semasa akil baligh, menopaus dan kehamilan.
  • Sesetengah ubat, seperti antidepresan.
  • Keadaan yang menyebabkan peluh berlebihan dipanggil hyperhidrosis.

CARA HILANGKAN KAKI BERBAU

Kebiasaannya, kaki berbau bukanlah masalah yang terlalu merisaukan. Namun, jika bau busuk itu sehingga mengganggu diri sendiri atau orang di sekeliling, anda mungkin mahukan bantuan untuk mengatasinya.

Jadi bagaimana anda boleh menghalang kaki daripada berbau? Langkah-langkah di bawah ini mungkin tidak dapat menghentikan bau busuk kaki sepenuhnya. Tetapi tidak salah untuk mencuba.

1. JAGA KEBERSIHAN

Basuh kaki setiap hari. Mencelupkan kaki ke dalam tab air dan menyental mungkin lebih baik daripada membiarkan air mandian memercik ke atasnya. Pastikan anda mengeringkan kaki apabila selesai.

cara hilangkan kaki berbau

2. PAKAI STOKIN YANG BETUL

Material stokin seperti kapas, beberapa jenis bulu dan rajutan (knit) khas yang dibuat untuk atlet mampu menyerap peluh dan membolehkan kaki anda bernafas. Pakai stokin baru setiap hari. Elakkan dari memakai stokin yang lembap.

3. KASUT TIDAK TERLALU KETAT

Pastikan kasut anda tidak terlalu ketat. Jika ia ketat, kaki anda mungkin berpeluh banyak lebih daripada biasa.

4. KERAP MENUKAR KASUT

Memakai kasut yang sama setiap hari boleh menyebabkan kaki lebih berbau. Biarkan ia kering selama beberapa hari sebelum memakainya semula.

5. BUNUH KUMAN

Guna semburan pembasmi kuman untuk membunuh bakteria dalam kasut anda. Boleh juga membasuh kaki dengan sabun antibakteria. Meletakkan kasut di bawah sinar matahari juga boleh membantu.

cara hilangkan kaki berbau

6. CUCI KASUT ATAU INSOLE

Terdapat sesetengah insole (bahagian dalam kasut) atau kasut yang boleh dibasuh. Di mana, ia cara yang bagus untuk menghilangkan bau dan mendapatkan semula kasut yang berbau bersih. Pastikan ia kering sepenuhnya sebelum memakainya.

7. JANGAN BERKONGSI KASUT

Jangan berkongsi kasut atau tuala dengan orang lain. Jika anda berbuat demikian, itu mungkin memindahkan bakteria penyebab bau busuk dari kaki orang lain ke kaki anda.

KESIMPULAN

Bagi kebanyakan orang, bau kaki masih boleh dikawal. Bahagian yang paling teruk mempunyai kaki busuk ialah ia menyebabkan anda berasa malu dan kurang berkeyakinan.

Sekiranya anda masih mempunyai masalah kaki berbau, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Barulah berkeyakinan untuk aktif sepanjang hari!

Sumber: Nemours Kids Health / NHS / Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×