Cantik

Petua Tradisional Khas Buat Susuk Tubuh Perawan, Barulah Lebih Berkeyakinan!

17
SHARES
petua tradisional

Wahai wanita perawan di luar sana, bukankah molek sekiranya tubuh badan anda dijaga sebaik-baiknya. Tugas siapa lagi yang menjaga tubuh anda, kalau bukan diri sendiri. Banyak manfaatnya. Maka, elok juga sekiranya anda mengamalkan beberapa petua tradisional yang dikongsikan ini.

Namun begitu, jangan pula setelah berkahwin habis ditinggalkan amalan-amalan ini. Bukankah lebih mulia menghiaskan diri buat tatapan suami sendiri. Justeru itu, mari ikuti beberapa petua tradisional yang khusus untuk si perawan.

Baca juga: Ini 8 Langkah Yang Betul Untuk Urut Kaki Sendiri, Dapat Hilang Lenguh!

PETUA CANTIKKAN DIRI BUAT ANAK DARA

petua tradisional

Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

PETUA-PETUA TRADISIONAL KHAS UNTUK PERAWAN

petua tradisional

1. BANGKIT BERSAMBUT

Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan.

Hendak bangkit dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. WAJAH SUCI

Sekiranya anda membasuh muka apabila bangun pagi, elakkan dari mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka.

Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita. Menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. MENYEGARKAN PAYUDARA

Ketika mandi terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara. Agar ia sentiasa subur dan segar serta tidak mudah jatuh.

4. TAMAN SEMERBAK MEWANGI

Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa.

Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. LUBANG JARUM

petua tradisional

Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil dengan kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga.

Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. SUARA PERINDU

Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa.

Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. MENGURUT PANGKAL BUNTING PADI

Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’ setelah berkahwin nanti.

8. PAYUDARA MONTOK

Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam. Hal ini kerana, meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Sumber: Facebook Dr. Amirul Amin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×