Cantik

Petua Mudah Kecut Jerawat Dengan Segera & Kesan Parut Pun Kurang!

33
SHARES

“Alamak! Kesan jerawat dulu tak sempat kering lagi dah timbul jerawat baru. Dah lah minggu depan ada interview. Macam mana ni?”

Masalah jerawat baru yang timbul di muka, selalu saja merungsingkan hati individu yang mengalaminya. Lagi pula, perlu berhadapan dengan orang ramai sehingga menjadikan diri terasa kerdil. Mulalah keyakinan diri tu kurang.

Sekiranya anda mempunyai masalah ini, apa kata guna petua yang dikongsikan oleh Doktor Rizal Abu Bakar di bawah. Bukan jerawat saja kecut dengan segera malah sekaligus, mengurangkan kesan parut. Barulah boleh bernafas semula!

Baca juga: ‘Kecantikan Toksik’ Beri Kesan Negatif, Boleh Jadi Punca Masalah Mental

BUKAN JERAWAT BARU JE, KESAN PARUT PUN BOLEH DIKURANGKAN!

Kalau dekat kulit muka atau dekat bahagian belakang badan ada jerawat. Atau bekas jerawat yang tak kering kering.

Sekali nak kering, jerawat naik balik di tempat sama. Ini petua mudah untuk kecutkan segera sekaligus kurangkan kesan parut.

PETUA MUDAH KECUTKAN JERAWAT DENGAN CEPAT & KURANGKAN KESAN PARUT:

Gambar hiasan: Industry.co.id

1. KAYU MANIS & MADU

Campurkan jadi pes. Sapu pada kulit yang ada jerawat. Biarkan selama 10 minit. Kemudian, bilas dengan air suam.

Kayu manis bersifat antibakteria dan antiradang. Bantu bunuh bakteria di pori muda yang alami radang. Madu pula cepatkan proses penyembuhan kulit yang kena jerawat.

2. MINYAK KELAPA

Sapu pada kulit yang terkesan setiap hari.

Tinggi lauric acid yang bantu bunuh bakteria. Tingkatkan kelembapan kulit dan redakan penampakan parut jerawat.

3. TOMATO

Hancurkan tomato sehingga jadi pes. Lumur pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Amalkan sekali seminggu.

Tinggi salicylic acid yang bantu serap lebihan minyak penyebab jerawat. Dan lycopene untuk baiki sel kulit yang terkesan akibat jerawat.

Bolehlah cuba di rumah.

#DrRizal

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×