Cantik

‘Kecantikan Toksik’ Beri Kesan Negatif, Boleh Jadi Punca Masalah Mental

18
SHARES

Cantik itu bersifat subjektif mengikut penilaian setiap individu. Kadang-kala diri rasa tidak secantik orang lain berikutan sikap manusia di sekeliling yang memandang serong sehingga diri terjebak untuk mengubah diri ‘mencapai kecantikan yang sempurna’ mengikut standard mereka.

Berdasarkan perkongsian oleh Public Health Malaysia, nasihat kecantikan yang toksik di mana, mengnormalisasikan definasi kecantikan ke tahap yang tidak masuk akal menjadi satu kebimbangan. Hal ini kerana, ia boleh memberikan implikasi negatif dan kemudaratan.

Baca juga: Ajarlah Anak Lelaki Pakai Deodoran, Barulah Tak Kena ‘Reject’ Ketika Interview Kerja

‘KECANTIKAN TOKSIK’ BERI KESAN NEGATIF, BOLEH JADI PUNCA MASALAH MENTAL

Memang risau lihat nasihat kecantikan toksik semakin berleluasa.

Nasihat kecantikan yang TOKSIK menyebabkan normalisasi definasi kecantikan ke tahap yang TIDAK MASUK AKAL sehingga menyebabkan implikasi negatif dan kemudaratan.

Gambar hiasan: HelloDoktor

CONTOHNYA,

  • Kulit yang telah sedia ada cerah dianggap masih tidak mencukupi, mahu lebih putih lagi.
  • Tona kulit kanak kanak juga dijadikan perbandingan – menggalakkan penggunaan produk seawal remaja.
  •  Memaparkan tubuh kurus dengan nasihat amalan pemakanan bahaya – eating disorder.
  • Prosedur pembedahanan kosmestik yang mahal dan berisiko tinggi.

Pendedahan nasihat kecantikan yang toksik dan berulang-ulang ditambah dengan pemasaran hebat produk membimbangkan kerana

Gambar hiasan: HelloDoktor

1. Menggalakkan penggunaan produk kecantikan tidak berdaftar termasuk bahan terlarang (merkuri).

2. Amalan diet bahaya sehingga boleh menyebabkan kematian (bulimic).

Bayangkan anak anak remaja yang terdedah dengan standard kecantikan keterlaluan yang dikongsikan di media sosial. Ia menyebabkan rendah keyakinan diri dan masalah mental dikalangan remaja.

Setiap orang memiliki kecantikan dan keunikan yang tersendiri, jadi yakinlah pada diri anda. Malah, pemikiran positif juga dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan menyerlahkan aura kecantikan seseorang.

Tidak perlu ambil produk-produk kecantikan yang tidak jelas kualiti dan keselamatannya sehingga memudaratkan kesihatan diri. Jika anda mempunyai masalah kulit atau kesihatan dapatkan lah nasihat dan rawatan daripada pakar-pakar yang bertauliah. Ayuh sayangi dan hargai diri sendiri!

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×