Dapur

Resepi Sayur Keladi Masak Lemak Cili Api Campur Ikan Bilis, Original Nogori!

1.8K
SHARES
sayur keladi lemak cili api

Sebut sahaja Negeri Sembilan selain dikenali sebagai sebuah negeri tanah beradat, siapa saja yang tidak tahu hidangan ‘signature’ nya iaitu masak lemak cili api. Pelbagai jenis campuran bahan yang digunakan untuk melengkapi hidangan ini seperti sayur keladi lemak cili api.

Termasuklah hidangan sayur keladi masak lemak cili api. Uniknya kali ini, bakal membuatkan para pembaca lebih terliur apabila ianya dicampurkan bersama ikan bilis yang menguatkan lagi rasa semula jadi hidangan ini. Walahh!

Baca juga: Resepi Sushi Halal Tanpa Mirin & Harga Bahan Pun Mesra Poket!

RESEPI ORIGINAL NEGERI SEMBILAN, WALAHHH BERAPI!

Belanja original Negeri Sembilan, keladi masak lemak cili api + ikan bilis. Lawannya ikan goreng, ikan masin takda hehe. Makan dengan ulam petai dan jering muda.

(Edit Resepi)

Isi keladi dibawah ni sedap ya amat, jenis isi melekit.

RESEPI KELADI MASAK LEMAK CILI API CAMPUR IKAN BILIS!

BAHAN-BAHAN:

  • Sayur keladi.
  • Cili api.
  • Kunyit hidup.
  • Ikan bilis.
  • 1 1/2 biji kelapa parut.
  • Asam keping.
  • Garam secukup rasa.

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Keladi dibersihkan petang-petang dan cuci. Saya rendam dengan asam keping dan rebus seketika. Dah empuk tos ketepikan.

Masa rebus saya perahkan asam limau, asam keping nak bagi getah-getah keladi tu hilang. Petua dari Wan saya. Alhamdulillah setakat ni masak keladi tak pernah gatal-gatal lagi. 

2. Cili api dan kunyit hidup ditumbuk.

3. 1 bijik setengah kelapa parut diperah ambil pati sahaja, pastikan guna kelapa tua ye. Bergantung banyak mana sayur keladi korang.

Masak lemak jangan kedekut santan tau. Kalau masak banyak letak je kelapa 2 3 biji.

5. Sediakan kuali dan masukkan santan, ikan bilis & bahan ditumbuk tadi. Masak dengan api sederhana.

6. Setelah mendidih masukkan keladi & asam keping. Pastikan garam secukup rasa dan sentiasa dikacau ye.

7. Dalam beberapa minit kemudian padamkan api.

Siap! Selamat mencuba.

Sumber: SuiSan Aliezsha via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×