Cantik

Ini 8 Langkah Yang Betul Untuk Urut Kaki Sendiri, Dapat Hilang Lenguh!

24
SHARES
cara betul urut kaki sendiri

Apabila terlalu lama berjalan, kadang-kadang membuatkan kaki berasa sakit dan lenguh. Disebabakan itu, amat penting untuk mengetahui cara betul urut kaki sendiri. Nak pula buat wanita yang sering memakai kasut tumit tinggi atau mereka yang mempunyai kerjaya yang perlu berdiri lama, rasa lenguh itu tak boleh nak dibendung!

Justeru itu, bagi melegakan kesakitan dan mengurangkan rasa kelenguhan, ikuti 8 langkah urutan kaki yang betul dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan di bawah. Boleh cuba praktikkan! Bangun pagi esok hari, kaki pun rasa ringan sahaja.

Baca juga: Resepi Teh Habbatus Sauda Untuk Langsing Punggung, Perut & Pinggang!

CARA MUDAH URUT KAKI SENDIRI, IKUTI 8 LANGKAH INI

cara betul urut kaki sendiri

Gambar hiasan: DimaBerlin – Freepik.com

Tak perlu susah-susah panggil tukang urut, sekiranya anda tahu cara yang betul anda pun boleh lakukannya sendiri.

Bila selalu sakit kaki, boleh urut macam ini. Sumber gambar: nailbee

CARA BETUL URUT KAKI SENDIRI

1. SAPU MINYAK DI SELURUH KAKI

Mula-mula, sapukan minyak di seluruh kaki. Ikuti 8 langkah urutan di bawah.

2. TEKNIK ALTERNATE PALM

Guna tapak tangan bergiliran tarik ke bawah ke atas perlahan lahan 6 kali (rujuk gambar 2).

3. TEKNIK KNUCKLE

Guna penumbuk tarik ke atas 6 kali (rujuk gambar 3). Teknik Knuckle.

4. TEKNIK THUMB CIRCLE

Buat putaran ke atas 6 kali (rujuk gambar 4).

5. TEKNIK THUMB GLIDING

Guna ibu jari urut di tengah tapak kaki dengan laluan ke atas 6 kali (rujuk gambar 5).

6. TEKNIK THUMB GLIDING

Urut bahagian tepi tapak kaki 6 kali (rujuk gambar 6).

7. TEKNIK THUMB GLIDING

Urut bawah ibu jari kaki (rujuk gambar 7).

8. TEKNIK STATIC PRESSURE

Tekan setiap jari jari (rujuk gambar 8).

Ulang dari langkah 1-8 pada kaki sebelah lagi. Lap tapak kaki atau terus pakai stokin.

Buat setiap malam sebelum tidur. Insha Allah, tidur pun lebih berkualiti. Bangun pagi esok kaki pun ringan saja rasa.
Kalau malas pergi saja spa terdekat atau calling calling orang mobile spa pergi ke rumah. Selamat berurut semua.

Sumber: Facebook Sarifa Redzuan II

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×