Cantik

Resepi Teh Habbatus Sauda Untuk Langsing Punggung, Perut & Pinggang!

39
SHARES
petua untuk kekal langsing

Mahu kekalkan badan kurus bukan mudah, nak pula buat individu yang mudah naik berat badannya. Terutamanya, di bahagian badan punggung, perut dan pinggang. Justeru itu, terdapat pelbagai tips dan petua untuk kekal langsing.

Termasuklah petua minuman yang mudah untuk disediakan dari Doktor Rizal Abu Bakar ini. Hanya memerlukan tiga bahan yang mudah untuk didapati terutama ramuan pentingnya iaitu biji Habbatus Sauda. Malah, nak sediakannya pun mudah!

Baca juga: Petua Mudah Kecut Jerawat Dengan Segera & Kesan Parut Pun Kurang!

AMALKAN MINUM TEH INI UNTUK KEKAL KURUS

Kalau nak maintain slim, nak langsing bahagian punggung, perut dan pinggang. Amal minum teh Habbatus Sauda. Amal minum secawan sebelum breakfast. Petua ini juga elok ya untuk batuk dan selesema. Boleh bagi dekat anak.

RESEPI PETUA TEH HABBATUS SAUDA

BAHAN-BAHAN:

  • Biji Habbatus Sauda
  • Lemon
  • Madu

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Biji Habbatus Sauda ini kena rendam dulu semalaman. Biar kembang.

2. Nanti nak buat teh, rebus rendaman dalam periuk.

3. Bila dah sejuk, perah limau dan letak madu.

Boleh guna limau nipis, lemon atau limau kasturi. Rasa sedap. Bau harum.

Cubalah.

P/s: Kalau nak tahu, nama lain Habbatus Sauda adalah black cumin, blackseed atau jintan hitam.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×