Sihat

Petua Paling Senang Dan Cepat Buang Angin Dalam Badan, Memang Lega!

17
SHARES
ANGIN DALAM BADAN

Tak selesa dibuatnya jika angin dalam badan makin menjadi-jadi sehingga mengganggu tugas harian. Selain mendapatkan ubat di farmasi atau klinik, ada satu petua cara buang angin dalam badan menggunakan bawang putih dan beberapa bahan lain.

Cara penyediaanya mudah sahaja dan tidak memerlukan banyak tenaga. Selepas makan, confirm semua angin akan keluar dan rasa lebih lega. Tak percaya? Cubalah…

Baca juga: Khasiat Daun Selaput Tunggal Untuk Kesihatan, Boleh Rawat Kencing Manis & Gout Rupanya

PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN GUNA BAWANG PUTIH, BERKESAN

ANGIN DALAM BADAN

Saya amalkan petua ini sahaja untuk buang angin dalam badan atau dalam perut yang degil tu. Bahan-bahan yang sedia ada dekat dapur kita.

Lepas makan bersama nasi panas dan ikan goreng pasti angin keluar tak henti-hent. Nana yang ada rasa banyak angin dalam badan, boleh cuba petua ini.

Bahan-bahan:

  • Bawang putih ikut suka banyak mana
  • Lada hitam 30 biji
  • Halia seinchi
  • Sedikit garam
  • Air asam

Cara penyediaan:

1. Rebus bawang putih atau letak atas nasi yang dah nak kering masa masak tu.

2. Tumbuk halia dan lada hitam sehingga lumat dan campurkan sedikit garam dan air asam.

3. Masukkan bawang putih dan boleh lenyek-lenyekkan bawang sehingga hancur

Boleh makan bersama nasi putih dan ikan goreng panas atau cicah ulam. Pasti angin dalam badan keluar.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Jus Homemade Untuk Kesihatan, Sedap Dan Boleh Turunkan Bacaan Kolesterol!

Sumber: Facebook Hanaa Ana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×