Sihat

Khasiat Daun Selaput Tunggal Untuk Kesihatan, Boleh Rawat Kencing Manis & Gout Rupanya

16
SHARES
DAUN SELAPUT TUNGGAL

Antara khasiat daun selaput tunggal atau juga dikenali daun kapal terbang adalah boleh merawat masalah kencing manis, gout, sakit jantung dan lain-lain.

Nak dapatkan daun ini pun senang sahaja dan tidak perlu mengeluarkan wang. Jika anda nak tahu cara merawat beberapa penyakit menggunakan daun selaput tunggal, ikuti perkongsian lengkap artikel ini.

Baca juga: Petua Turunkan Berat Badan Guna Air Rebusan Asam Gelugur, Sedap Pun Sedap!

MANFAAT DAUN SELAPUT TUNGGAL UNTUK KESIHATAN

DAUN SELAPUT TUNGGAL

Pokok selaput tunggal ini boleh didapati di kawasa kebun terbiar. Ingatkan pokok selaput tunggul ini tak berguna tetapi rupa-rupanya banyak manfaat.

Antara manfaatnya adalah boleh mengubati gout, merawat gastrik, mencegah kencing dan darah tinggi. Mudah sahaja, ikuti cara-cara di bawah.

1. Ambil sehelai basuh bersih dan makan macam itu sahaja. Makan selang 2 hari, insyaAllah gout akan berkurangan.

2. Boleh juga dijadikan nasi ulam menggunakan pucuk daun selaput tunggal untuk merawat gastrik.

3. Selain itu, daun selaput tunggal boleh dijadikan ubat penahan darah luka. Caranya adalah ambil beberapa helai daun dan ramas-ramas sehingga keluar jus berwarna hijau. Kemudian tekapkan kepada luka untuk berhentikan darah.

4. Untuk darah tinggi dan kencing manis, rebus 3 helai dengan 3 cawan air. Tinggalkan secawan dan minum sehari sekali.

5. Selain itu, boleh juga dijadikan ulam untuk merawat masalah kencing manis.

6. Daun ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan panau di muka dan di badan.

Banyak manfaat daun selaput tunggal ini, jangan lupa amalkan ya.

Baca juga: Tips Mudah Rawat Luka Ekzema Guna Kunyit Hidup, Macam Ini Cara Buatnya

Sumber: Facebook Cojack Hasmizi Sagawara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×