Nur

21 Jenis Makanan Sunnah Nabi Boleh Jadi Amalan Harian, Bebas Segala Jenis Penyakit

7
SHARES
MAKANAN SUNNAH

Makanan dan minuman bermanfaat penting untuk kesihatan tubuh manusia. Sebagai umat Islam, kita telah didedahkan dengan makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah SAW dan ada disebut di dalam ayat al-Quran.

Jadi, ada baiknya jika makanan tersebut ditambah dalam kehidupan seharian untuk kesihatan optimum. Ikuti perkongsian lengkap 21 jenis makanan sunnah di bawah.

Baca juga: Rupanya Ini Hukum Letak Barang Atas Al-Quran, Dah Ramai Yang Selalu Buat

21 MAKANAN SUNNAH BOLEH AMALKAN DALAM KEHIDUPAN

MAKANAN SUNNAH

1. Garam

Rasulullah SAW mengamalkan makan secubit garam sebelum dan selepas makan. Ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan perut menghadam makanan.

2. Labu

Labu mengandungi nutrizi dan zat untuk tubuh. Selain itu ia juga berfungsi sebagai pengawal nafsu makan, merawat masalah cacing dan mencengah pembentukan batu karang.

Anas bin Malik berkata: “Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar.”

3. Cendawan

Nabi SAW pernah bersabda: “Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang sangat istimewa) dan dapat mengubati mata.”

4. Anggur

Anggur dikatakan makanan sunnah kerana mempunyai pelbagai khasiat seperti mengurangkan keradangan, mencegah penyakit nyanyuk, membersihkan perut dan lain-lain.

5. Tembikai

Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.”

Tembikai bertindak sebagai antioksidan yang disebut lycopene di mana mampu mencegah penyakit terutamanya kanser.

6. Daging kambing

Makanan sunnah yang seterusnya adalah daging kambing. Kajian mendapati daging kambing baik untuk jantung, dapat mengurangkan darah tinggi dan obesiti.

MAKANAN SUNNAH

7. Timun

Makan timun bersama kurma dapat mengurangkan rasa dahaga dan panas badan. Timun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredekan radang kulit.

8. Cuka epal

Nabi sangat sukakan cuka dan kadangkala mengamalnya bersama roti, sabdanya: “Allah meletakkan keberkatan dalam cuka, ia telah digunakan oleh para nabi sebelum aku”

Antara kebaikan makan cuka epal adalah dapat menghilangkan kelesuan badan, mengubat penyakit hati, melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan stres.

9. Halba

Selain membantu dalam pengaliran darah haid, halba juga berfungsi sebagai menambah susu badan ibu. Halba juga dapat membantu mengurangkan gula, merendahkan kolesterol, melegakan batuk kronik, bengkak gusi dan sebagai pembuka selera.

10. Halia

Di dalam surah al-Insan ayat 17 ada disebutkan: “Dan mereka dalam Syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil(kunyit)’.

Khasiat adalah dapat mengurangkan sakit sendi, membantu penghadaman dan lain-lain.

11. Roti

Roti yang diperbuat daripada gandum adalah roti paling gandum. Nabi SAW bersabda: “Jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan memotong dgn tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”

12. Barli

Barli bertindak sebagai penyejul badan. Rasulullah SAW pernah memberi sup barli kepada orang demam. Barli juga boleh melawaskan kencing, membantu sembelit dan mengurangkan risiko kencing manis (pastikan tidak dicampur gula).

13. Safron

Terlalu banyak khasiat safron antaranya adalah menguatkan ingatan, merawat penyakit sawan, penyakit hati, demam dan mati pucuk.

Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: “Sesiapa yg mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setia hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan zihir” 

14. Susu kambing

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Akan tiba suatu masa di mana kambing adalah sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”

15. Buah delima

Allah SWT ada menyebut mengenai buah delima sebanyak 3 kali di dalam ayat al-Quran. Buah delima terbukti bertindak sebagai anti oksidan, mengelakkan penyakit jantung dan lain-lain.

16. Madu lebah

Tidak dapat disangkalkan lagi, madu lebah merupakan makanan sunnah yang disukai ramai. Madu dapat mengubati demam, batuk, sakit tekak dan lain-lain.

Rasulullah SAW mengamalkan minuman madu dengan segelas air setiap pagi ketika perut kosong.

17. Habatussauda

Penggunaan habatussauda dalam kehidupan seharian sudah menjadi kebiasaanya kerana dapat menghindari daripada penyakit.

18. Zaitun

Pokok zaitun ada disebut di dalam al-Quran, surah An-Nur ayat ke-35. Mengikut kajian, ia dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung.

19. Buah tin

Kelebihan buah tin ada diterangkan di dalam surah at-Tin, surah ke 95 dalam al-Quran. Antara khasiat buah tin adalah dapat menyingkirkan toksin, mengurangkan batuk yang berpanjangan, membersihkan hati dan mengurangkan lendir dalam usus.

20. Kurma 

Kurma banyak disebut di dalam al-Quran. Nabi SAW pernah bersabda: “Rumah yang tiada kurma adalah rumah yang tiada makanan”

Sabda Nabi yang lain: “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada syaitan dan sihir pada hari itu.”

21. Air zam-zam

Air zam-zam memang terkenal sebagai air yang paling diberkati dan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit dengan izin Allah. Dalam sebuah hadis sahih ada menyebut: “Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”

21 senarai makanan sunnah di atas pastikan anda amalkan selalu ya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kelebihan Baca Surah 3 Qul Setiap Hari Pada 3 Waktu Afdal Ini, Dapat Rasa Perbezaannya

Sumber: Facebook Makanan Sunnah

Sumber imej: Neuroversiti

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×