Nur

Rupanya Ini Hukum Letak Barang Atas Al-Quran, Dah Ramai Yang Selalu Buat

25
SHARES
LETAK BARANG ATAS AL-QURAN

Perbuatan letak barang atas al-Quran merupakan satu perkara yang biasa dilakukan oleh rata-rata orang. Namun pernah tak anda terfikir mengenai hukumnya?

Adakah perbuatan itu diharamkan atau sebaliknya? Jadi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, penulis kongsikan penjelasan mengenai hal tersebut.

Baca juga: Ustaz Kongsi 4 Amalan Antara Maghrib & Isyak, 60 Minit Masa Terluang Boleh Buat

HUKUM LETAK BARANG ATAS AL-QURAN

LETAK BARANG ATAS AL-QURAN

Menjaga adab dengan al-Quran, memuliakan dan menghormati adalah satu kewajipan. Jadi mengenai tindak meletakkan barang atas al-Quran, hukumnya adalah makruh kerana bercanggah dengan adab seperti yang dijelaskan oleh para ulama.

Selain itu, meletakkan sesuatu di atas mashaf al-Quran tidak haram jika perbuatan tersebut tidak diniatkan untuk menghina keagungan al-Quran.

Salah satu adab dengan mashaf al-Quran adalah dengan tidak meletakkan sesuatu di atasnya, kecuali mashaf al-Quran yang lain. Kata Imam al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman:

وَمِنْهَا أَنْ لَا يُحْمَلَ عَلَى الْمُصْحَفِ كِتَابٌ آخَرُ ‌وَلَا ‌ثَوْبٌ ‌وَلَا ‌شَيْءٌ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مُصْحَفَانِ فَيُوضَعَ أَحَدُهُمَا فَوْقَ الْآخَرِ فَيَجُوزُ

Maksudnya: “Antara adab dengan al-Quran adalah dengan tidak meletakkan kitab, kain atau apa jua barang sama ada barang berharga atau barang yang yang rendah nilainya. Namun jika meletakkan suatu mashaf di atas mashaf yang lain, maka ia diharuskan.”

Para ulama mazhab Syafie memfatwakan bahawa meletakkan sesuatu di atas mashaf adalah tidak haram selagi tidak mengandungi unsur penghinaan.

Namun Imam Ibn Hajar pula menyatakan dalam fatwa beliau bahawa sebaiknya tidak diletakkan di atas mashaf itu barangan lain seperti buku atau kain selain daripada mashaf al-Quran.

Dapat disimpulkan bahawa tidak haram perbuatan tersebut jika tidak diniatkan untuk menghina keagungan al-Quran. Namun ada baik jika kita mengelak daripada meletakkan apa-apa barang di atas mashaf sebagai adab terhadap al-Quran seperti yang dijelaskan oleh para ulama.

Jadi, kalau ada di rumah meletakkan barang di atas al-Quran, boleh ubah ya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Suami Isteri Asyik Tayang Video & Gambar Aksi Mesra Di Media Sosial, Ini Hukumnya

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×