Percutian

Wow! Hatyai Kembali Viral, Wanita Ini Kongsi Tempat Menarik Anda Wajib Singgah

84
SHARES
TEMPAT MENARIK HATYAI

Tempat menarik Hatyai kembali viral lagi. Rata-rata mengambil peluang untuk bercuti di sana bersama orang tersayang kerana murah dan paling penting sekali makanan murah.

Kalau anda berhasrat ingin meluangkan masa di Hatyai, ikuti perkongsian lengkap daripada pengguna Facebook bernama Nor Quratul Sahira ini. Seronoknya!

Baca juga: Jangan Tinggal 3 Dokumen Penting Ini Kalau Nak Bawa Kereta Sendiri Masuk Thailand

WANITA INI KONGSI TEMPAT MENARIK HATYAI, SERONOKNYA!

tempat menarik hatyai

Kami pergi sendiri selama 3 hari 2 malam dan tak ambil tour guide. Masuk ikut Bukit kayu Hitam. Lebih kurang 1 jam 30 minit nak masuk Hatyai.

Untuk yang nak masuk naik kereta, dokumen ini perlu dibawa:

Passport.

– Geran kereta (kalau kereta bukan atas nama anda, boleh bawa masuk tapi ada beberape dokumen yang lain nak kena bawa)

– Insurans kereta ke Thailand.

– Travel insurans.

Sehari sebelum gerak, saya siapkan insuranrs untuk ke Thailand. Pastikan sebelum masuk Thailand, isi minyak kereta penuh-penuh ya.

Dah settle urusan kedua-dua imigresen boleh terus makan. Hari terakhir saya pergi floating market sebab hanya buka hari minggu sahaja. Rugi kalau tak datang dekat sini.

tempat menarik hatyai

Senarai di bawah antara tempat yang saya singgah. Ada mahal, ada murah.

  • Floating market
  • Lee garden plaza
  • Kim yong market
  • Asean night market
  • Greenway street market
  • Dimsum cabura
  • Kai tod decha
  • Bingsu nom6
  • Cafe amazon
  • Rusde boat noodle
  • Central festival mall
  • Hsa (tempat menembak)
  • Zoo songkla
  • Chang puak camp

Total kos saya untuk dua orang adalah RM1600 termasuk hotel, insurans kereta, minyak kereta, makan dan barangan lain.

Kalau nak beli ole-ole untuk orang tersayang boleh bawa duit lebih. Seronoknya!

Jom melancong ke Hatyai.

Baca juga: Elak ‘Berkampung’ Dalam Kereta, Pastikan Ikut Susunan Ini Kalau Bercuti Ke Cameron Highlands

Sumber: Facebook Nor Quratul Sahira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×