Famili

“Harga Tak Masuk Akal & Kotor” – Bercuti Di Hatyai Hanya Indah Khabar Dari Rupa, Membazir!

12
SHARES
PERCUTIAN DI HATYAI

Percutian di Hatyai semakin menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia kerana difahamkan harga di sana lebih murah berbanding biasa.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki di aplikasi Thread menjelaskan bahawa percutian di Hatyai ternyata tidak seperti digambarkan oleh orang lain.

Baca juga: Cara Bawa Kereta Sendiri Masuk Pulau Pangkor, Rupanya Lebih Jimat Dan Murah!

PERCUTIAN DI HATYAI ‘OVERRATED’? MAKANAN PUN MAHAL

PERCUTIAN DI HATYAI

Dia meluahkan rasa kecewa kerana harga yang ditawarkan oleh peniaga mahal dan lebih menyedihkan apabila makanan halal di sana disediakan dengan cara tidak bersih.

Dia juga memberitahu bahawa percutian di Hatyai pada tahun 2008 dan 2012 lebih berbaloi kerana makanan yang dijual sedap. Dia turut menjelaskan percutian 3 hari di sana hanya memerlukan RM300 sahaja.

“Saya pernah pergi tahun 2008 dan 2012. Masa itu makanan masih murah, sedap dan berbaloi. RM300 untuk 3 hari termasuk makanan, penginapan dan pengangkutan. 

“Sekarang bila makan di sana, sangat mahal. Tepuk dahi nak bayar kerana harga tak sesuai dengan rasa,” luahnya.

Meninjau ke ruangan komen, ternayata orang lain turut bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menyatakan pengalaman yang sama.

Lebih mengejutkan ada sesetengah kedai yang menyuruh pekerja memakai tudung untuk menarik minat pelanggan beragama Islam. Namun, apabila disuruh mengucap, ternyata penjual tersebut tidak tahu dan bukan seorang muslim.

“Hatyai memang tak seronok lansung. Kalau nak pergi Thailand sebab makanan, baik pergi 3 wilayah Selatan Thailand iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala. Dekat sana syurga makanan dan harga dia murah tak masuk akal,” komen pengguna Thread.

Selain itu, pengguna Thread turut memberi idea agar memilih tempat makanan yang tidak viral kerana harganya lebih mahal berbanding tempat makan lokal.

Baca juga: 3 Hari 2 Malam Di Kundasang Sabah Hanya RM1000 Seorang, Tak Sangka Semurah Ini!

Sumber: Thread

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×