Percutian

3 Hari 2 Malam Di Kundasang Sabah Hanya RM1000 Seorang, Tak Sangka Semurah Ini!

3
SHARES
TEMPAT MENARIK DI SABAH

Baru-baru ini, penulis bersama rakan sekerja berpeluang bercuti bersama di Negeri Di Bawah Bayu selama 3 hari 2 malam. Ternyata, banyak tempat menarik di Sabah yang boleh dikunjungi dan pastinya luar biasa!

Walaupun percutian ini hanya 3 hari namun banyak tempat yang berjaya kami kunjungi dan mengukir kenangan bersama. Seronok sangat!

Baca juga: 9 Lokasi Negara Paling Sejuk, Suhu Serendah -70°C Memang Menggigil-Gigil, Kalau Pergi WAJIB Pakai Sweater Tebal!

TEMPAT MENARIK DI SABAH SELAMA 3 HARI 2 MALAM, SERONOKNYA

TEMPAT MENARIK DI SABAH

Hari pertama 

– Pada hari pertama, kami bertolak ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur dan memilih untuk menaiki penerbangan AirAsia kerana tambangnya lebih murah berbanding lain.

– Kira-kira jam 6.00 petang, kami tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

– Setibanya di sana, kami dijemput oleh pemandu pelancong yang sudah ditempah awal agar segalanya berjalan dengan lancar.

– Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit.

– Sepanjang perjalanan tersebut, kami menikmati pemandangan yang indah sambil ditemani lagu berkumandang di radio.

– Sebelum tiba di Kundasang, ada beberapa tempat menarik di Sabah yang kami singgah iaitu:

  • Rumah Terbalik Tamparuli
  • Jambatan Gantung Tamparuli

– Setelah beberapa jam, akhirnya kami tiba di Kundasang dan menikmati makan malam yang enak iaitu Sayap Ayam Madu Wak Ali.

Hari kedua

TEMPAT MENARIK DI SABAH

– Pada hari kedua, perjalanan dimulakan dengan melawat tempat menarik iaitu Desa Dairy Farm yang merupakan ladang lembu seakan-akan di Switzerland.

– Di Desa Dairy Farm, anda boleh menikmati aiskrim dan susu pelbagai perisa yang dibuat segar daripada susu lembu di sana. Rugi kalau tak cuba!

– Setelah menghabiskan masa bergambar dengan pemandangan Gunung Kinabalu, kami seterusnya bergerak ke Kundasang War Memorial yang merupakan tapak peringatan bersejarah.

– Ia dibina pada tahun 1962 untuk memperingati lebih 2,400 askar Australia dan British yang kehilangan nyawa mereka dalam Perang Dunia Kedua semasa peristiwa tragik yang dikenali sebagai Death March Sandakan.

– Setelah menghabiskan masa di sana, kami seterusnya ke Kg Maraku Fish Massage untuk merasai sendiri keunikan merendam kaki di dalam air yang dipenuhi dengan ikan yang jinak.

– Pengalaman di sini tidak dapat dilupakan kerana ia merupakan kali pertama kami semua melakukan aktiviti tersebut.

– Sebelum bergerak ke Kota Kinabalu, kami menikmati pula makan tengah hari di sekitar Kundasang sambil ‘ditemani’ Gunung Kinabalu.

– Makan malam di Kota Kinabalu sudah pastinya seafood kerana harga yang berpatutan berbanding di Semenanjung. Memang patut cuba!

Hari ketiga

TEMPAT MENARIK DI SABAH

– Masa bergerak pantas, kami sudah pun berada di hari terakhir di Negeri Di Bawah Bayu ini. Hari ketiga dimulakan dengan sarapan di Kopi Ping dan menikmati hidangan yang enak.

– Setelah kenyang, kami meneruskan perjalan ke Jamilah Jewellery untuk membeli mutiara sebagai cenderahati buat ahli keluarga.

– Tidak dilupakan, Pasar Filipino antara tempat menarik di Sabah yang wajib dikunjungi kerana pelbagai jenis barangan ada dijual di sini.

– Perjalanan diteruskan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk pulang ke Semenanjung setelah 3 hari berada di Sabah.

Bajet perjalanan ke Sabah

Pakej 3 hari 2 malam bersama Kundasang Calling Traveller = RM380 seorang (servis yang sangat bagus dan berbaloi)

Tiket penerbangan: RM400 seorang (menaiki AirAsia, tambang murah dan hidangan makanan yang sedap)

Makan dan cenderahati: RM300 (terpulang kepada individu)

Jumlah keseluruhan selama 3 hari 2 malam di Sabah adalah dianggarkan sebanyak RM1000 seorang.

TEMPAT MENARIK DI SABAH

Jadi, antara tempat menarik di Sabah yang kami kunjungi adalah:

  • Rumah Terbalik Tamparuli
  • Jambatan Gantung Tamparuli
  • Pekan Nabulu Viewpoint
  • Desa Dairy Farm
  • Kg Maraku Fish Massage
  • Rabbit Farm
  • Seafood di Todak Waterfront
  • Jamilah Jewellery
  • Pasar Filipino
  • Kilang coklat

Semoga bermanfaat!

Baca juga: https://siraplimau.com/trip-ke-labuan-bajo/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×